Archive for the Isteri dipukul teruk oleh suami kerana lahirkan anak perempuan.. Category

>Isteri dipukul teruk oleh suami kerana lahirkan anak perempuan..

Posted in Isteri dipukul teruk oleh suami kerana lahirkan anak perempuan.. on April 11, 2011 by sekamarrindu2009

>

Emirates melaporkan seorang ekspatriat Arab di Arab Saudi menyerbu ke bahagian ginekologi di sebuah hospital, mengejutkan isterinya sebelum bertindak memukulnya kerana melahirkan seorang bayi perempuan.

Suami yang tidak dinyatakan namanya itu kemudian berjaya dihalang dan dibawa keluar oleh kakitangan dan pengawal keselamatan hospital yang letaknya di tengah-tengah kota Makkah.

Lelaki itu kemudiannya menuduh pihak hospital menukarkan bayi tersebut kerana isterinya sebelum itu memberitahunya bahawa x-ray menunjukkan bahawa dia hamil anak lelaki.

Doktor berusaha menerangkan kepada lelaki itu bahawa gambar x-ray tidak selalunya tepat dalam mengenal pasti jantina bayi.

P/s: Yang membuatkan kita marah bukan kerana lelaki ini mempersoal jantina anaknya, tetapi perbuatan tidak berperikemanuasiaan dan kejamnya yang membelasahj isteri yang baru sahaja bersalin. Memang dasar lelaki zaman jahiliah!

sumber: klik sini