Archive for the jodoh.. Category

panduan mencari jodoh untuk wanita

Posted in jodoh.. on March 15, 2010 by sekamarrindu2009

Perkahwinan adalah ibadah, jalan untuk menyucikan diri dan akhlak, menambahkan rezeki dan amalan yang menyamai setengah dari agama, sepertimana sabda Rasulullah: ” Apabila seorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh dari agamanya. Maka takutlah ( bertakwa) kepada Allah SWT dengan separuh yang lainnya. (Hadis Riwayat Al-Thabrani).

TANAMKAN NIAT YANG IKHLAS

Taraf perkahwinan menyamai dengan kemuliaan berjihad di jalan Allah SWT. Niat untuk mendapat rezeki berupya zuriat yang soleh adalah menjadi pendorong untuk menyegerakan perkahwinan. Kita boleh lihat kata-kata Umar bin A-Khattab ketika berkahwin:

“Sesunggunya aku memaksakan diri berkahwin dengan harapan Allah SWT akan menggunakan diriku mahkluk yang akan bertasbih dan berzikir kepada-Nya.”. Betapa besarnya pahala amal jariah yang dilakukan oleh pasangan yang berkahwin kerana Allah SWT, kerana dari perkahwinan itu akan lahir hamba-hamba Allah SWT yang bersujud dan tersebarlah agama Allah swt ini berkat perkahwinan yang diredhai-Nya.

IKHTIAR MENCARI PASANGAN

Dalam Islam, hak mencari pasangan dan memilih bukan lah hak kaum lelaki saja. Wanita juga disuruh untuk menentukan dengan siapa dia mahu dikahwinkan. Sesuai dengan Sabda Rasulullah SAW.

” Jangan kamu kahwinkan sesorang gadis kecuali dengan izinnya, sedangkan persetujuannya adalah diamnya”

JANGAN TERBURU-BURU MEMILIH

Apabila anda disuruh untuk menilai lelaki yang akan menjadi calon suami anda, akan timbul perasaan sensitif dalam hati anda ( mungkin….),. dari kebiasaanya. Peka dan terlalu cerewat dengan kekurangan-kekurangan pada lelaki tersebut.

Seboleh-bolehnya, janganlah pula anda terburu-buru menerimanya tanpa usul periksa. Sikap berhati-hati sangat penting seperi mana Saidina Umar RA, menilai seorang sahabat yang meminta jawatan penting dalam pentadbirannya. Umar menyuruh orang tersebut memanggil sahabat terdekatnya. Umar bertanya:

“Apakah kamu kenal orang ini?” Jawapannya: “Ya”.

“Apakah engkau menemaninya dalam perjalanan yang jauh sehingga engkau tahu perangai serta akhlaknya?”. Jawabnya: “Tidak”.

“Apakah engkau pernah bermuamalah dengannya sehingga engkau tahu dia sangat takut memakan harta yang haram?”. Jawabnya: “Tidak”.

“Apakah pernah terjadi permusuhan antara engaku dengan dia?” Jawabnya: “Tidak”.

“Apakah engaku hanya hanya mengenalinya ketika dia duduk di masjid?” Jawabnya: “Ya”.

“Pergilah kamu dari sini, kamu sesungguhnya tidak mengenali saudaramu itu selain melihatnya mengangkat dan menundukkan kepala di masjd”

LAKUKAN MUHASABAH DIRI

Muhasabah diri, bermakna, kita memahami akan kelebihan dan kekurangan dalam diri kita. Tahukah kenapa orang mudah tertarik pada diri kita? Tidak lain dan tidak bukan kerana adanya rahmat Allah SWT. Kerana rahmat Allah SWT yang dilimpahi ke dalam hati kita. Maka Allah SWT menjadikan seluruh manusia sayang dan kasih kepada kita. Jika di sekeliling anda melihat sesuatu yang istimewa pada diri anda, pastikan ianya hanya keteguhan iman dan akhlak anda yang solehah. Dalam hadis qudsi Allah SWT berfirman:

” Sesungguhnya Allah SWT mencintai si fulan maka cintailah dia. Maka penghuni langit pun mencintai orang itu, setelah itu kecintaan-Nya diteruskan kepada penghuni bumi” (Hadis: riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Advertisements