Archive for the ke batu pahat Category

ke Batu Pahat Kenduri Kahwin………..

Posted in ke batu pahat on November 6, 2010 by sekamarrindu2009

Selamat Pengantin Baru Dr dan isteri

pengantin lelaki diarak masuk ke rumah pengantin perempuan
dalam perjalanan ke rumah pengantin
perjalanan di highway utara-selatan menuju Plaza Tol Air Hitam

Hari ni tepat jam 10.00 pagi tadi saya bertolak ke Batu Pahat Johor, perjalanan yang lancar dan mengasyikkan juga dapat dilihat.. panoramanya di sepanjang lebuh raya sungguh cantik..( cantik ke?..hehe..pada saya berdekatan Pagoh suasana hutan kehijuan sangat indah…dah lama rupanya saya tidak menjejakkan kaki ke bumi Darul Takzim ini., rasanya sudah setahun lebih. dulu ada banyak kali turun ke bandar raya Johor Bharu atas urusan rasmi ( kursus).
hari ini saya bersama abang hadir ke Batu Pahat untuk sama-sama memeriahkan perkahwinan kawan abang saya..saya tak kenal pengantin ni..tapi sekadar temankan dia saja..
memandangkan peta lokasi rumah pengantin ni ada sedikit kekeliruan, maka saya pun tersesat lah…adatlah kan. sesuai dengan pepatah, “malu bertanya sesat jalan…nak tunjuk pandai..” mahu tidak mahu terpaksa lah tanya orang, tempat yang dituju ialah stesyen Petronas Parit Raja,
” encik…lokasi rumah pengatin ni dah terlepas dah..encik kena pusing balik dan jumpa traffic lighat yang ke tiga tu..belok kanan..” ujur pemuda yang bertugas di stesyen minyak tu..
” ya..?? terima kasih banyak….”
” abang…, tengoklah kad kwin tu elok2…ishh…jangan sesat lagi..” ujur aku yang memadu kereta sambil mata meliau memandang sign board di tepi jalan..
lepas memasuki traffic light yang ke tiga ( spt yg ditujukkan oleh pemuda tadi), masuk la ikut jalan tu.. tetapi rasa tak sedap hati mcm bukan je ni..
sekali lagi berhenti kereta di tepi jalan..lalu aku pergi menanyakan pakcik yang jual air kelapa tu..saya tunjukkan kad kwin tu…selepas melihat2 lihat kad tu beberapa minit, dia memaklumkan di sini bukan lokasinya..kena berpatah balik..
” adui….!!!..tak jumpa lagi laaaa…
lebih kurang satu jam, dok cari, tanya orang..akhirnya jumpa lah tempat yang dituju.. namun saya dan abag masih belum boleh pergi lagi…kena tunggu pengantin lelaki sampai dulu.. saya dan abang ni kira termasuk dalam rombongan pengantin lelaki juga lah….tunggu lagi…satu jam..
Selepas pengantin sampai, suasana nya cukup meriah sekali saya lihat…alhamdulillah!..Selamat Pengantin Baru buat Dr.Jo dan isterinya..moga berbahagia hingga ke akhir hayat..
jam 6.20 baru sampai dumah….

– busy hari ni…..

Advertisements