Archive for the ke lcct Category

Ke LCCT hantar sahabat balik Sarawak…

Posted in ke lcct on June 7, 2010 by sekamarrindu2009

di luar balai berlepas

suasana di LCCT KLIA pagi ni..

di luar rumah.sungguh hening tanpa satu pun kereta


jam 3.45 pagi tadi, bangun tidur dan mandi…(bukan mandi wajib..mandi sebab tak nak bagi mengantuk nak drive …hehee..) lepas bersiap2 dan semuanya, saya ke Low Cost Carrier Terminal ( LCCT KLIA )untuk menghantar sahabat saya pulang ke Sarawak pagi ini, menaiki pesawat Air Asia

jam 4.05 bertolak ke tempat yg dituju dengan mata yg segar bugar, menyusuri Lebuh Raya Utara Selatan dan memasuki Plaza Tol, Pajam, Nilai sebelum ke LCCT. Perjalanan yg tenang lancar mengambil masa lebih kurang 1 jam untuk sampai.

jam 5.00 pagi sampai ke LCCT, dalam keadaan menunggu sahabat saya ini untuk proses Check-in, saya terjumpa dengan seorang sahabat lama saya semasa dibangku sekolah..inikah suratan atau kebetulan?. Sahabat lama saya bersama kawannya dalam perjalanan untuk percutian ke Phuket, Thailand selama seminggu katanya..

bila semuanya dah selesai, jam 6.15 bertolak balik ke rumah..alhamdulillah..
p/s: pagi yg indah…..terima kasih tunai janji..’ringkas penuh makna’

Advertisements