Archive for the kehidupan Category

inilah kehidupan…

Posted in kehidupan on August 13, 2010 by sekamarrindu2009


sebelum saya menulis di blog ini, pertama sekali, saya ingin memohon maaf kpd sahabat2 saya, kerana lama tidak update blog ini..hampir sebulan saya sepikan diri..membiarkan blog ni bersawang, berhabuk tanpa menulis apa-apa…selain daripada sibuk dengan pelabagai tugas2 dan amanah yg terpaksa dilakukan, terdapat jua beberapa masalah yang terpaksa saya hadapai sejak akhir2 ini, biasalah selagi dinamakan manusia, pasti tidak terlepas daripada masalah, dugaan dan ujian. Begitulah hidup kita di dalam dunia ini. Allah SWT sering menyapa kita dengan ujian. Tidak dipanggil seseorang itu hamba Allah jika kita tidak menerima segala ujian yang Allah berikan. Dan tidak dikatakan seseorang itu sabar jika tidak ada dugaan yang akan menguji kesabarannya.

Dalam menempuh hidup disertai dengan ujian Allah, kita haruslah ingat, ujian dan dugaan itu adalah tarbiyah Allah. Semoga hari-hari yang mendatang saya akan lebih tabah dalam menempuh segala liku-liku hidup ini, berjaya serta bahagia di dunia dan di akhirat..InsyaAllah..

Kesempatan yang ada ini, sekali lagi saya mengucapkan selamat berpuasa kepada semua sahabat-sahabat saya, yang sering singgah di blog ini, sama ada singgah dan tinggalkan jejak, ataupun singgah sekadar slient reader, terima kasih banyak-banyak..semoga ukhwah kita akan berkekalan..InsyaAllah..

Untuk kembali menulis di sini, kadang2 hati terasa berat, namun saya cuba menulis dari hati saya, blog ini penuh dengan kenangan, sama ada pahit, dan manis semuanya terukir di blog ini..semuanya bergulir dalam ingatan saya. Ingatan yang membawa saya ke suatu destinasi; ingatan yang membawa saya belajar apa erti kehidupan yang sebenarnya..ingatan yang membawa kepada satu dearah yang terasing ini..inilah kehidupan!


Advertisements