Archive for the [ kejam ] Anak Didera Dan Dikurung Selama 10 Jam Kerana Bermain Dompet Bapa Category

[ kejam ] Anak Didera Dan Dikurung Selama 10 Jam Kerana Bermain Dompet Bapa

Posted in [ kejam ] Anak Didera Dan Dikurung Selama 10 Jam Kerana Bermain Dompet Bapa on January 3, 2012 by sekamarrindu2009


LEBAM…kesan dera di belakang badan mangsa.

GEORGETOWN: Hanya kerana bermain dompet bapanya, seorang kanak-kanak perempuan berusia enam tahun diperlakukan dengan kejam apabila dipukul dan dikurung bapanya di sebuah rumah di Jalan Perak, Jelutong, di sini, awal pagi semalam.

Kanak-kanak malang itu ditinggalkan bersendirian dalam rumah itu hampir 10 jam.

Kejadian itu hanya terbongkar apabila tangisan kanak-kanak itu didengari jiran yang kemudiannya menghubungi polis dan juga Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

Jiran berkenaan yang enggan dikenali berkata, dia mendengar tangisan kanak-kanak terbabit yang sesekali turut merayu meminta tolong sejak jam 3 petang hingga 1 pagi, semalam.

“Mengesyaki sesuatu yang buruk berlaku, saya dan beberapa lagi jiran menghubungi polis kerana tangisan kanak-kanak itu tidak berhenti walaupun sudah menjangkau ke awal pagi,” katanya.