Archive for the [ kejam] Kerana anak berusia 3 bulan sering menangis ayah menekup dengan bantal hingga mati Category

[ kejam] Kerana anak berusia 3 bulan sering menangis ayah menekup dengan bantal hingga mati

Posted in [ kejam] Kerana anak berusia 3 bulan sering menangis ayah menekup dengan bantal hingga mati on August 13, 2011 by sekamarrindu2009

TRIBUNNEWS.COM, MAKASSAR – Warga Jl Mawas Timur, Kecamatan Mamajang telah dikejutkan dengan meninggalnya seorang bayi lelaki yang baru berumur tiga bulan, Sabtu (13/8/2011) Bayi lelaki ini meninggal akibat di bunuh ayahnya sendiri Jimmy Andres (25) yang tidak tahan dengan bunyi bising akibat tangisan bayi ini.

Menurut Gita (30), jiran yang tinggal berdekatan dengan tempat kejadian, kejadian tersebut berlaku ketika Jimmy dan anaknya sedang berdua berada di dalam biliknya di Jl Mawas Timur, Kecamatan Mamajang. Sedangkan isterinya Terezia Yunita (24) sedang bekerja di klinik. Ketika sedang berduaan bayi lelaki ini menangis terus menerus sehingga ayah bayi malang ini mengambil bantal menekup bayi ini agar berhenti menangis.

Sehingga entri ini ditulis, mayat bayi lelaki ini berada di Hospital Bhayangkara untuk dibedah siasat. Dan pihak polis telah menahan ayah bayi ini untuk disoal siasat.

p/s…ayah mcm ni pun ada…!!!