Archive for the kelantan menang Category

Kelantan Cuti Hari Ini, Hadiah Kepada Seluruh Rakyat Kelantan

Posted in kelantan menang on October 31, 2010 by sekamarrindu2009

PARA pemain Kelantan meraikan kejayaan menjulang trofi Piala Malaysia selepas menewaskan Negeri Sembilan 2-1 di Stadium Nasional Bukit Jalil malam tadi.

Piya menjaringkan gol kemenangan Kelantan
BADRI meraikan gol kemenangan Kelantan pada separuh masa kedua perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, malam tadi

Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi. Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1 ketika ditemu bual oleh RTM dalam siaran langsung perlawanan edisi ke-44 di Stadium Nasional, Bukit Jalil menerusi TV1


“Saya mewakili Menteri Besar Kelantan, mengumumkan esok cuti peristiwa supaya rakyat dapat tenang, gembira, bersyukur dan dapat balik ke Kelantan dengan selamat. ”Kita juga ucap terima kasih kepada semua yang memberi kejayaan kepada Kelantan khususnya kepada Presiden Kafa dan rakyat Kelantan,” katanya.

Sementara itu, penjaring gol penyamaan Kelantan, Hairuddin Omar yang mencetuskan kebangkitan mereka daripada ketinggalan 1-0 untuk menjulang gelaran berprestij bola sepak negara itu, berterima kasih kepada seluruh penyokong dan mengucapkan tahniah kepada rakan sepasukan.

“Terima kasih kerana semua pihak bersungguh-sungguh yang mencipta kejayaan ini biarpun mulanya kami ketinggalan. Piala ini berhak dihadiahkan kepada semua rakyat Kelantan sama ada yang hadir beramai-ramai di Stadium Nasional dan di negeri ini yang tidak henti-henti menyokong pasukan ini,” katanya.

Pemain kelahiran Setiu, Terengganu berusia 31 tahun ini, menanduk masuk pada babak kedua untuk memadam gol pendahuluan penyerang Negeri Sembilan, Shahurain Abu Samah sebelum Badri Radzi memastikan Piala Malaysia milik Kelantan dengan rembatan kencangnya.

Kejuaraan kali ini turut lebih manis dan pasti terpahat sebagai kenangan indah yang tersendiri dalam karier Hairuddin selepas meraihnya bersama Terengganu pada 2001 dan sebagai pemain Negeri Sembilan yang dipinjamkan oleh kelab negeri asalnya, T-Team, tahun lalu.

p/s: terima kasih atas sokongan kamu juga…Kelantan menang…hehe

Advertisements

Hanya tinggal 7 jam saja lagi penentuan TM Piala Malaysia

Posted in kelantan menang on October 30, 2010 by sekamarrindu2009

Inilah barisan pemain Kelantan yang akan turun menentang NS malam nanti

Formasi 4-4-2 yang semakin menjadi
suasana penyokong Kelantan di luar Stadium Nasional Bukit Jalil pada jam 12.00 pm tadi

Malam ini merupakan malam penentuan buat kedua-dua pasukan bagi merebut piala berprestij di Malaysia. Dengan misi menebus kekalahan musim lalu, skuad Kelantan dijangka turun dengan kesebelasan utama seperti rajah dan formasi seperti rajah di atas.
Selamat berjuang Wira Merah, jadikan kemenangan malam ini sebagai hadiah buat Sultan Kelantan, Sultan Muhammad-V.. Allahuakbar! Gomo Kelate Gomo.. Go More!

pengorbanan kecil hari ini……..tak apa..!