Archive for the kenangan Category

kenangan pun mati..!

Posted in kenangan on July 24, 2011 by sekamarrindu2009

telah ku himpun sisa-sisa kenangan
dalam ruang yang sepi ini
sukar terasa
melakar perasaan
di kanvas lusuh
masih belum selesai
hingga kini..

sebatang berus usang
dan tiub cat minyak
masih berselerak di tepi meja
terasa pucat dan gementar
untuk melukis lagi..

kenangan pun mati..!

>kenangan…

Posted in kenangan on December 17, 2010 by sekamarrindu2009

>

daun meluruh
sayup bunyi seruling
kenangan pun muncul.

peristiwa menangkap pencabul wanita…

Posted in kenangan on November 5, 2010 by sekamarrindu2009

“ambik kau..!!”
Gangguan seksual ni memang berlaku, sama ada di tempat kerja, di rumah, di dalam bas dan lain-lain tempat. Saya pernah melihat satu kejadian di mana seorang pemuda meraba seorang gadis dalam lingkungan 16 tahun di dalam bas, dan dengan bantuan kawan baik saya tu saya sempat menangkap pemuda yang tidak berperikemanusiaan ini sebelum memaklumkan kepada konduktar bas, dan pemadu bas tersebut menghubungi pihak polis untuk tindakan yg selanjutnya.
Itulah pengalaman yg tak disangka2 berlaku masa dulu, saya ni memang jarang naik bas, ajakkan kawan baik saya, saya ikut saja,Walaupun perstiwa ni dah lama berlaku, namun ianya masih segar dalam ingatan saya..
Ganggun seksual juga berlaku ke atas lelaki, janganlah pula kata hanya golongan perempuan saja yang mengalaminya. Namun dalam setengah2 kes ada yang lebih hebat daripada tu, dalam entri yang sebelum ini, saya ada menulis entri ” 2 perempuan merogol seorang lelaki”, di Malaysia, kes spt ini belum berlaku lagi, tetapi di luar negara dah banyak kes berlaku..
Gangguan seksual merupakan satu pengalaman yang amat mengerikan dan menyeksa perasaan mangsanya. Mangsa akan menghadapi perasaan tertekan, benci, marah, cemas, gelisah, sugul, terhina dan hilang pertimbangan sehingga menjejaskan emosi, psikologikal, kesihatan dan fizikal mereka.
Antara tingkah laku yang diklasifiksikan sebagai gangguan seksual ialah:
  • Secara lisan– gangguan termasuk kata-kata, komen, gurauan, usikan dan bunyi yang bersifat seksual.
  • Bahasa isyarat– isyarat tangan atau bahasa isyarat yang membayangkan perlakuan seks serta tingkah laku mengurat yang berterusan juga dikategorikan sebagai gangguan seksual.
  • Secara visual– gangguan secara visual pula ialah menunjukkan bahan bahan lucah, melukis gambar lucah, menulis surat berbentuk seksual serta mendedahkan tubuh termasuk berpakaian seksi.
  • Secara psikologi– gangguan secara psikologi ini boleh muncul dalam bentuk mengulangi jemputan sosial yang telah ditolak, memujuk rayu secara berterusan untuk keluar bersama atau bercumbu.
  • Secara sentuhan fizikal– terdapat gangguan secara sentuhan yang tidak diingini seperti menepuk, mencubit, mengusap,menggesel badan, memeluk,mencium dan serangan seksual seperti meraba.