Archive for the ketabahan… Category

Tersentuh Pengorbanan Mior Hashim menjaga 3 anaknya yang sakit……

Posted in ketabahan... on November 22, 2010 by sekamarrindu2009

Mior Hashim dan Izzaidah bergambar bersama enam daripada tujuh anak mereka

Mior Hashim
Hati tersentuh apabila menatap surat khabar Pancaindera, semalam 21hb November yang memaparkan pengorbanan seorang bapa yang juga pelakon, penyunting filem, pengarah teater, Mior Hashim Manap yang menghadapi ujian Allah SWT, apabila 3 orang daripada 7 orang anaknya menghidap penyakit Myopathy, iaitu sejenis penyakit otot yang sangat bahaya.
Mior yang berkahwin dengan Izzaidah Khairan, juga seorang pelakon tetap tabah walaupun dikurniakan anak-anak yang kurang bernasib baik, tidak seperti anak-anak orang lain.
Memetik kata-kata beliau;
” Tiada langsung sekelumit perasaan tertekan, mahupun rendah diri dan rasa tidak sempurna apabila dikurniakan anak-anak yang tidak seperti orang lain”
” Isteri saya yang banyak berkorban dalam keluarga. Syukur Alhamdulillah, saya mendapat isteri dan anak-anak yang baik dan bertaraf A. Mereka tidak meminta itu dan ini, biar kami susah sama-sama..”
Mior Hashim dan Izzaidah mendirikan rumahtangga pada 23 September 1983. Mereka dikurniakan 7 orang anak iaitu Nuraihan 19, Mior Muhammad Imran 18, Mior Muhamad Syafiq 17, Siti Nur Kamelia 15, Mior Muhammad Firdaus 14, Siti Nur Aishah 11 dan Siti Nur Aqilah 9 tahun.
Saya menyeru kepada Yang Berhormat Datuk Seri Utama Dr. Rais b.Yatim, Menteri Penerangan, Komunikasi, Kesenian, Kebudyaan dan Warisan Malaysia, membantu apa-apa yang mampu bagi meringankan penderitaan yang ditanggung oleh saudara Mior Hashim ini.
Semoga Allah swt memberi kekuatan dan kesabaran ke atas keluarga En.Mior Hashim dan Pn.Izzaidah ini..Semoga Allah swt menyembuhkanlah penyakit anak-anak beliau..Amin.
Ingin mengetahui lebih lanjut : Klik Ini

Advertisements

gadis buta kumpul duit beli kuda petunjuk jalan

Posted in ketabahan... on November 15, 2010 by sekamarrindu2009


Mona Ramouni, 28, ialah pelajar jurusan Psikologi di Michigan State University. Dia mengalami cacat penglihatan sejak dilahirkan. Kecacatan yang dialami Mona sedikit banyak menyukarkannya melakukan aktiviti harian, terutamanya untuk bergerak ke tempat kerja mahupun menghadiri kuliah. Mona keberatan menggunakan khidmat anjing penunjuk jalan kerana faktor agama dan kebersihan.

Walau bagaimanapun, Mona perlu mencari alternatif untuk memastikan dia dapat melakukan tugas harian dengan lancar. Pada April 2008, Mona menggelintar internet untuk mencari kuda kerdil untuk membantunya bergerak. Selepas puas mencari, Mona membuat keputusan untuk menggunakan duit simpanannya selama bekerja di sebuah syarikat bacaan pruf Braille untuk membeli dan melatih seekor kuda kerdil untuk membantu urusan hariannya.

Kuda kerdil berusia tiga tahun itu digelar Cali dan tingginya hanya kira-kira 2 kaki 6 inci. Kuda yang telah dilatih ini membantu Mona menaiki kenderaan, bergerak dalam kalangan orang ramai, dan sebagainya. Jangan terperanjat kuda ini juga dibenarkan oleh pihak pengurusan universiti untuk berada di sisi Mona ketika tuannya itu mengikuti kuliah.


Biarpun idea Mona untuk membeli dan melatih kuda kerdil ini mendapat kritikan dan bantahan rakan-rakan, namun akhirnya kritikan dan bantahan itu telah berjaya ditepis oleh Mona dengan kejayaan Cali membantu urusan harian Mona. Menurut Mona, sebelum membeli Cali, dia pernah berputus asa dan menganggap hidupnya sudah tidak bermakna. Kehadiran Cali telah merubah segala-galanya.

Ketabahan dan keazamannya mengagumkan saya! Kesungguhannya mematuhi larangan dan ajaran agama wajar kita contohi!

sumber: duniacacamarba