Archive for the kezaliman pada kanak-kanak Category

>kanak-kanak lelaki dan perempuan didakwa diliwat, dirogol dan dicabul..

Posted in kezaliman pada kanak-kanak on January 14, 2011 by sekamarrindu2009

>

GEORGETOWN: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menjalankan siasatan terhadap beberapa kanak-kanak lelaki dan perempuan dari rumah kebajikan di Jalan Penang di sini, yang didakwa diliwat, dirogol dan dicabul pekerja komuniti serta guru sukarelawan rumah berkenaan.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Gan Kong Meng berkata, pasukan khas itu meneliti laporan polis dibuat seorang peniaga wanita berusia 41 tahun di Balai Polis Jalan Patani, di sini, kira-kira jam 4 petang kelmarin.

Beliau berkata, ketika ini, siasatan masih lagi dijalankan daripada pelbagai sudut sebelum kertas siasatan dihantar kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk tindakan lanjut.

Katanya, siasatan dilakukan mengikut Seksyen 377 (c) Kanun Keseksaan iaitu melakukan persetubuhan bertentangan dengan aturan tabii tanpa kerelaan yang jika sabit kesalahan boleh dipenjara minimum lima tahun dan maksimum 20 tahun atau sebatan.

“Siasatan awal mengatakan perbuatan itu dilakukan di rumah kebajikan berkenaan dan seorang pegawai polis dari Cawangan Khas hadir di rumah itu untuk mengambil keterangan pekerja rumah terbabit,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Sementara itu, Setiausaha rumah kebajikan itu, Amy Wong berkata, pihaknya tidak akan mengeluarkan sebarang kenyataan tanpa mendapat nasihat peguam manakala pengerusi rumah kebajikan itu dijangka mengadakan sidang media di sini, hari ini.

Sementara itu, Exco Kesihatan, Kebajikan dan Masyarakat Penyayang Pulau Pinang, Phee Boon Poh pula berkata, pihaknya menerima aduan dan laporan mengenai penderaan seksual itu sejak bulan lalu.

Beliau berkata, siasatan lanjut dijalankan mengikut Akta Kanak-kanak 2001 dan pihaknya percaya terdapat ramai kanak-kanak yang dipercayai menjadi mangsa gangguan seksual, namun enggan mendedahkan bilangan yang menjadi mangsa.

Difahamkan, kejadian itu dipercayai berlaku sekitar Oktober 2006 hingga 2009 dan antara lapan hingga 11 kanak-kanak dikatakan menjadi mangsa penderaan seksual itu.

sumber: harian metro 14hb Januari 2011

saya menyeru pihak polis menjalankan siasatan yang terperenci dan mendakwa secepat mungkin “bintang” yang melakukan perkara keji ini..!!!