Archive for the khairy senasib Ong Tee Kiat Category

Khairy Jamaluddin Penggal Yang Terakhir??

Posted in khairy senasib Ong Tee Kiat on June 3, 2010 by sekamarrindu2009

YB Tuan Haji Khairy Jamaluddin -Ahli Parlimen Rembau


Malam ini saya ingin membicarakan mengenai senario politik tanah air pula..saya akan mengupas serba sedikt berkaitan dengan rombakan kabinet Perdana Menteri yang diumumkan beliau pada 1hb Jun 2010 yang lalu. Iaitu tiadanya nama Ahli Parlimen Rembau, Tuan Haji Khairy Jamaluddin Abu Bakar, dalam senarai kabinet Perdana Menteri, kali kedua berturut selepas pilihanraya lalu. Secara tradisinya di dalam UMNO, Ketua Pemuda Umno, akan diberi jawatan menteri, atau setidak-tidaknya Timbalan Menteri kepada sesiapa yang menyandang jawatan Ketua Pemuda Umno, sperti yang berlaku pada Dato’Seri Najib sendiri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Hishammuddin bin Tun Hussien Onn.

Ketiadaan nama Khairy dalam rombakan kabinet tu hanya PM saja yang mengetahuinya. Perdana Menteri mempunyai kuasa eksekutif (Prerogtif ), yang berkuasa penuh untuk melantik sesiapa saja yang difikirkan sesuai, tanpa boleh dibantah oleh oleh sesiapa pun.

Berkaitan dengan KJ pula, saya menyatakan ianya menarik kerana, PM tidak melantik KJ ke jawatan Menteri atau Timbalan Menteri sedangkan Naib Ketua Pemuda YB Datuk Razali bin Hj.Ibrahim, telah dilantik menjadi Timbalan Menteri Belia dan Sukan, dan YB, Dato’ Mukhriz bin Tun Dr.Mahathir (Ahli Parlimen Jerlun), yang bukan saja tewas kepada KJ, malah tewas juga kepada Datuk Seri Khir Toyo telah dilantik ke jawatan Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri. tapi KJ..apa yang dapat???

Hari ini saja terdapat beberapa bantahan yang dibuat oleh wakil Pemuda Umno negeri, iaitu Sabah, Selangor, dan Perak. Ali Zainal Abidin, Naib Ketua Pemuda Umno Perak berpendapat KJ sepatutnya diberi jawatan sekurang-kurangnya jawatan Timbalan Menteri. Begitu juga Ketua Pemuda Umno Selangor, Suhaimi Mohd.Ghazali, juga menyuarakan hasrat supaya PM mengambil berat permintan itu kerana ia pernah disuarakan sebelum ini. Namun ianya tidak didengari oleh PM.

Sebagai insan yang boleh berfikir, kita pasti tahu mengapa PM tidak melantik KJ sebagai Timbalan Menteri.. jawapannya mudah saja: PM tidak perlukan KJ, mungkin ini juga penggal yang terakhir beliau akan dicalonkan sebagai Ahli Parlimen Rembau? Mungkin juga..Dengan tidak melantik KJ ke jawatan Timbalan Menteri, sekurang-kurangnya PM mahu lihat agar pengaruh KJ secara beransur-ansur hilang dan akhirnya dalam Pemilihan Pemuda UMNO yang akan datang harap-harap KJ tewas dan jawatan itu.

Bagi yang pro-KJ pula pastinya rasa kecewa, dan suara 304 perwakilan Pemuda Umno langsung tidak dipandang oleh PM.


p/s: blog saya bukan blog politik..kupasan politik ini hanya pandagan peribadi saya.. kalau ada yg salah fakta…abaikan saja...

ps:…malam penuh rindu..

Advertisements