Archive for the kisah semalam.. Category

kisah semalam

Posted in kisah semalam.. on March 6, 2010 by sekamarrindu2009

pinggan dah basuh… ..dah bersih tu.wp demam..hehe

menu saya.

pertandingan nasyid semalam..
Semalam…sempat kuar membeli barang-barang untuk keperluan…barang pun simple saja roti dan 3 kotak air soya…itulah rutin saya..ini taklah bermakna tak makan nasi..makan juga, cuma bila malam, tambah-tambah lagi selsema.. saya ini sangat alahan pada hujan..bile hujan saja mesti selsema dan demam…
semalam pergi sekolah, gb memberi kebenaran untuk balik rehat di rumah, dah tak sihat buat apa datang ke sekolah.. namun, memandangkan ada beberapa hal yg perlu saya bereskan, saya gagahi juga…semalam terpaksa pakai mask ke hulu ke hilir..hehe..biasalah…nanti berjangkit lak pada orang lain kan..

semalam juga saya di sekolah, telah diadakan sambutan Maulidur Rasul, macam-mcam aktiviti telah diadakan, spt pertandingan nasyid, pertandingan khat jawi, pertandingan melukis dan banyak lagi.. setiap tahun (kecuali tahun ini) bila ada sambutan maulidur rasul, saya pasti diamanahkan oleh gb untuk menyampaikan satu slot tazkirah kepada pelajar-pelajar, namun semalam, disebabkan tak sihat dan diarahkan pulang awal..tak dapatlah saya turut sama dalam program tersebut..terkilan sungguh rasa di hati. Apa boleh buat…tahun depan lah..itu pun kalau masih dipanjangkan umur oleh Allah swt..

p/s: tak faham…