Archive for the konvo Category

Sekitar Majlis Konvokesyen Ke 8 OUM

Posted in konvo on June 21, 2010 by sekamarrindu2009

dalam perjalanan menuju ke PWTC

sampai di PWTC
semua sibuk memakai jubah
beratur di Anjung Merdeka sebelum masuk ke dewan
tak ramai lelaki..semua graduan wanita saja
beratur dgn sabar
masuk ke dalam Dewan Merdeka
persembahan koir yg menghiburkan
dalam barisan duduk saya..hanya saya yg lelaki yg lain semuanya perempuan

Saya ke PWTC sebenarnya dah dua kali dalam sejarah hidup saya. Kali pertama, semasa Perhimpuan Agung UMNO beberapa tahun yang lalu, (mengikuti abang untuk mendengar Perbahasan Agung UMNO pada 07hb November 2008 dua tahun yang lalu) dan kali kedua pada 20hb Jun 2010, semalam menghadiri Majlis Konvokesyen Ke-8, Universiti Terbuka Malaysia, (19hb-22 Jun 2010).

Tepat jam 8.30 pagi Perarakan Graduan masuk ke dewan, disusuli dengan Perarakan Akademik bermula, diikuti dengan Perarakan Pro-Canselor, Yang Berbahagia Tan Sri Azman Hashim. Majlis dibuka dengan Menyanyikan Lagu Negaraku (Koir OUM) dan selepas itu bacaan doa yang disampaikan oleh seorang Staff OUM.

Selepas itu acara diteruskan dengan Ucapan Presiden Yang Berbahagia Prof.Emeritus Tan Sri AnuwarAli dan akhir sekali ucapan Pro Canselor, Tan Sri Azman Hashim. Dalam Pro Canselor, beliau banyak memberi nasihat agar para graduan meneruskan menyambung pengajian, kerana pembelajaran adalah proses sepanjang hayat: iaitu ketika kali pertama tarikan nafas bermula dan sehinggalah nafas yang terakhir dihembuskan, sangat dalam maknanya pada graduan.

Selepas ucapan Pro Canselor Penganugerahan Ijazah bermula…
p/s: alhamdulillah……….
– banyakkan sabar..