Archive for the kuih kelate Category

Cerita Pasal Kuih-Muih Ore Kelate….

Posted in kuih kelate on May 23, 2010 by sekamarrindu2009

nasi kerabu hitam

kuih rengas….best ni..inti kacang ..

sos ike bilis ( budu)…ni yg best ni..ishhh..

kuih tepung suna

nasi kerabu tumis…

ni kuih teri mandi ( puteri mandi..)

beraneka jenis kuih muih negeri Kelantan

Tupat Sotong ( ketupat sotong)
C’olek Buah…
kuih peria ( yang paling best..)
laksam kelate
kuih Gomok ( yg ni saya suka..)
akok…

Tak lama lagi, cuti sekolah dah nak bermula..( bermula 05 Jun -20hb Jun 2010), pasti ada yg dah beli tiket yang nak pulang ke kampung tu. Pasti ada yang tak sabar nak lihat kampung halaman masing-masing, dah terbayang-bayang, begitulah Allah swt telah mencurahkan kasih sayangNya kepada setiap hamba-hambaNya. Ada rindu, ada rasa sayang pada yg tercinta, semuanya kerana rahmat Allah swt.

Mengimbau kenangan di kampung tentu mengujakan, lebih-lebih lagi dah lama tak pulang..rindu pada masakan kelantan tak boleh dinafikan. memang ada di Seremban ni, nasi kerbau, nasi dagang dan lain-lain, tapi pasti ada kelainan kalau makan makanan ni di Kelantan, di negeri warisan budaya saya.. Begitu juga dengan kuih muih yang beraneka jenis tu..hingga saya tak pasti apa namanya. ( macam 2: kuih rengas, tepong gomok, lopat tike., tupat sotong, mee celup dan banyak lagi la….)

Saya dapat tunjuk sikit saja tu..sebenarnya berpuluh-puluh lagi jenis-jenis kuih muih Negeri Kelantan ini….

Sesiapa yang ingin merasakan keunikan makanan Negeri Kelantan tu, bolehlah melawat sendiri ke Kelantan, pada yang wanita/gadis beragama Islam semasa berada di Negeri Kelantan anda diwajibkan menutup aurat, jika tidak pasti akan diambil tindakan oleh pihak Kerajaan Negeri Kelantan di bawah Kod Etika Cara Berpakaian. Denda kepada pesalah yang ingkar, daripada RM 50.00 sehingga RM 500) oleh MPKB ( Majlis Perbandaran Kota Bharu)

Begitu juga semua kedai-kedai sama ada shopping kompleks yang besar sehingga ke pasar-pasar malam akan ditutup buat sementara apabila azan Maghrib berkemundang ( serta waktu solat Jumaat), jangan pula ada yang terkejut…
p/s: kawe teringat demo laaaa..
Advertisements