Archive for the kursus Category

baru balik kursus ….

Posted in kursus on November 29, 2010 by sekamarrindu2009

alhamdulillah…abis kursus hari ni….esok ada lagi, sehari lagi…adui…dalam masa cuti2 pun kena kursus laa juga ni…hari ni kursus subjek Pendidikan Kesihatan Tahun1, yang akan dilaksanakan pada tahun 2011 nanti…byk perubahan sukatan yang berlaku…
cabaran banyak…sesuai dgn situasi semasa……….terima kasih kepada sahabat2 yg singgah sini. sini…

penatnya..

Kursus Pendidikan Jasmani hari tu…

Posted in kursus on November 18, 2010 by sekamarrindu2009




15 dan 16hb November ari tu aku terlibat dgn kursus PJK. ( pendidikan jasmani dan kesihatan)..terima kasih kepada Jurulatih utama yang berjaya menjalankan tenggungjwab dengan baik..dan sporting..
jawab betul sikit JU bagi hadiah…banyak betul hadiah JU ni… banyak betul perubahan yang bakal berlaku pada tahun depan..ish….siap dengan menari lagi..dan sukatan yang terbaru ialah asas renang perlu diajar juga…( nak berenang kat mana laaa ni…..sekolah yang tak ada kolam renang mcm mana?.. akan difikir-fikirkan laa kan..:)

bila dah dekat nak cuti..surat kursus pun dapat..ishhhh..

Posted in kursus on June 2, 2010 by sekamarrindu2009


hari ni sebelum aku bagi taklimat ldp pada semua guru, tiba-tiba seorang guru (kawan baik), datang membawa surat dari JPNS, katanya ada kursus sains dan matematik.. Aduh…dah nak cuti ni..dah kena pergi kursus la pulak..

siapa lagi yang mengajar sains tahun 4, kalau bukan aku? so..dah menjadi adat, akulah yg kena pergi..kursus tu.. terus terang aku bagitahu, kalau boleh dah tak nak pergi lagi dah kursus-kursus ni.. muak dah… tapi apa boleh buat..”saya yang menurut perintah.”.. kena gi jugak…tarikh dan tempat akan dimaklumkan sedikit masa lagi…



p/s: miss u..