Archive for the lagikan lidah tergigit…ni kan pula suami isteri.. Category

>[ kes pergaduhan rumahtangga] bila isteri orang datang menyelamatkan diri ke rumah saya malam tadi…

Posted in lagikan lidah tergigit...ni kan pula suami isteri.. on February 14, 2011 by sekamarrindu2009

>

aku sangat la rasa kesian kat kakak ni…..apalah nasib beliau….selalu bergaduh dengan suami.. dah banyak dah entri pasal ni…tapi pergaduhan malam tadi memberi kesan yang sangat mendalam pada aku…
malam tadi, mungkin tak tahan dengan pergaduhan tersebut.,..akak ( isteri suami yang bergaduh ini datang ke rumah ku, mungkin untuk menyelamatkan diri agaknya….
dah tak pasal2, aku cuba memujuk suami akak yang malang ini supaya bersabar..bertenang, tiada masalah yang tidak boleh diselesaikan…
nasib baik, suaminya bertenang seketika dan aku sempat bawa suami ini ( meskipun dia jauh lebih tua daripadaku) berbicara di luar rumah, pujuk dia..
” cikgu, dia tu isteri tak guna…memang dah lama dah saya fikir nak buang dia.., fikirkan anak-anak saja…” itulah kata-katanya….
” sabar, bang….sabar..” kata aku….
” sabar bang…ya… bawa mengucap….saya tak nak masuk campur hal abg dan kak…tapi yg penting…abg perlu sabar…’ tangan ku sempat memegang tangan abang ni..
” mana boleh sabar….!!..
” saya tak berniat untuk masuk campur urusan rumahtangga abang,,, tapi sebagai lelaki, dan suami.. malu kalau bergaduh2 mcm ni..”
aku diam..sambil mendengar dia menyumpah seranah isterinya.,…terkedu juga..hati..
bila berhadapan dengan orang ini… kalau dia berdiri, kita pujuk dia duduk…….kalau ada air..kita bagi dia ,minum…biar sejuk badan sikit,,,
” saya akan suruh akak X balik kejap lagi…..tapi tolonglah…jangan gaduh2 lagi….lagi pun malam-malam ni..malu tak jiran2..semua memandang…
pukul 11.00 malam, aku menyuruh akak x ni pulang ke rumah…
” kak X, saya dah cakap dengan suami kak…..dia dah cool dah sikit.. balik lah kak ya…” kataku..
selepas itu..aku terkedu sendirian selepas akak tu balik……mcm nilah..bila dah sama2 panas….dan dalam rumahtangga perlu ada tolak ansur, saling tegur menegur secara berhemah, baik dan lemah lembut…bukannya dengan herdikkan..tangan naik ke muka…
aku tahu..akak ini..sering menjadi mangsa rumahtangga…..aku tahulah… duduk sebelah menyebelah saja…
Ya Allah..Ya Tuhanku….berikanlah kebahagiaan kepada en X dan akak X ini…..berikanlah kebahagiaan buat mereka.. jauhilah segala yang tak baik kepada keluarga ini….amin..!
p/s:……suami dia memang rapat dengan saya….mungkin dia malu dengan saya .atau pun mungkin dia segan dengan ayah saya yang sedang sakit tu….
entahlah…….. adakah aku yg dikatakan masuk campur hal rumahtangga orang??

Advertisements