Archive for the Latihan “Perkahwinan” Sebelum Betul-Betul Kahwin Di India Category

Latihan "Perkahwinan" Sebelum Betul-Betul Kahwin Di India

Posted in Latihan "Perkahwinan" Sebelum Betul-Betul Kahwin Di India on August 6, 2011 by sekamarrindu2009

Sebuah laman web hiburan di India menawarkan isteri virtual bagi para lelaki bujang. Dengan nama biwihotohaisi.com, web ini menawarkan sensasi menikah sebelum menghadapi pengalaman berumah tangga yang sebenar-benarnya. Mereka yang melakukan pendaftaran keanggotaan di situs ini boleh memilih satu dari empat jenis isteri yang ditawarkan: ibu rumah tangga setia, pengekang, gila belanja, atau wanita karier ambisius.

Jika menghendaki isteri dengan jenis ibu rumah tangga setia, pelanggan boleh memilih Ritu Gharwali. Dalam web itu, Ritu Gharwali digambarkan sebagai susuk wanita 23 tahun yang penuh perhatian, lugu, dan menyukai aktiviti di dalam rumah. Jika menginginkan isteri jenis Queen control pelanggan boleh memilih Bijli Thakur. Wanita 25 tahun ini digambarkan sebagai yang sangat mendominasi pasangannya. Selain senang mengatur, Bijli Thakur juga suka mengintip kehidupan pasangannya.

Sedangkan Milli Chulbulli ditawarkan kepada para lelaki yang menyukai istri supergaul. Wanita 21 tahun yang berprofesi sebagai sekretaris ini digambarkan sebagai yang suka membelanjakan wang untuk berbelanja, juga menyukai bergosssip dengan tetangga. Terakhir adalah Shalini Sheherwali, wanita virtual 26 tahun yang ditawarkan untuk para lelaki yang menghendaki isteri wanita berkarier. Shalini Sheherwali digambarkan sebagai yang sangat ambisius dengan pekerjaannya.

Setelah memutuskan ‘menikahi’ salah satu dari empat jenis wanita tersebut, mereka akan secara automatik menerima pesan cinta dari istri virtual. “Selamat makan siang sayang, aku sudah membuat makanan kesukaan kamu,” demikian contoh pesan cinta dari Ritu Gharwali. Penggasas web ini, Bharat Matrimony, berharap, pernikahan virtual itu boleh membantu para lelaki menemukan jenis isteri yang tepat dalam kehidupan nyata. Web ini menjadi arena latihan sebelum pernikahan sesungguhnya.


sumber: credit borak kosong