Archive for the lokasi mencari pasangan.. Category

Lokasi-lokasi yang sesuai untuk mencari pasangan…

Posted in lokasi mencari pasangan.. on November 25, 2010 by sekamarrindu2009

Kadang-kadang kan…tempat di mana kita bertemu pasangan kita tu, kadang-kadang tak disangka-sangka, contohnya seorang kawan saya, bertemu jodoh dengan pasangannya, sewaktu menolong seorang gadis yang terbalik motor, kawan saya yang berhenti dengan niat menolong mangsa kemalangan, tak sangka pula, petemuan pertama tu telah membuahkan bibit-bibit percintaan antara mereka, dan akhirnya diikat dengan perkahwinan. Sekarang ini hidup bahagia dengan 2 orang cahaya mata kembar yang comel..
Ada seorang lagi kawan saya..( ramai betul kawan saya.hehe.) terjumpa pasangannya sewaktu beliau sedang membeli belah di salah satu pasar raya yang tekenal di Seremban ini..Memang seperti tidak percaya sajakan.. mcm rasa mustahil saja, tapi tulah yang terjadi...kata orang.. masa dok tengah window-window shopping tu….terwindow lak anak dara orang, mereka juga kahwin tahun lepas….alhamdulillah…
Kawan saya lagi…, bertemu dengan gadis pilihannya semasa berkursus di Port Dickson sewaktu berkursus Science anjuran Jabatan Pelajaran Negeri Sembilan..yalahkan… semasa berkursus tu mesti kita akan dipecah-pecahkan dalam satu kumpulan kecil untuk sesi perbincangan…masa tulah bertemu dengan gadis pilihan, dan di situlah jatuh cinta pandangan pertama… pun berkahwin juga, dan sekarang ini hidup bahagia dengan seorang anak lelaki yang comel.
Itulah…jodoh yang dirahsiakan oleh Allah swt.. kita tidak tahu dengan siapa jodoh kita.. dan berapa kali jodoh yang Allah swt takdirkan kepada kita.. dua ke..tiga ke, atau empat ke..kita tak tahu……berdoalah semoga mendapat jodoh yang baik-baik…jangan tersalah pilih..merana badan..

dah ok dah sikit..sakit perut ni..