Archive for the luahan hati Category

bicara tentang suami isteri, sahabat dan kawan….saya kehilangan ramai kawan…

Posted in luahan hati on June 7, 2010 by sekamarrindu2009
” Aku dah tak larat lagi dah dengan perangai laki aku tu..aku nak minta cerai sekarang juga..!!! sambil menangis dibahu sahabatnya, Ida menceritakan kisah pilu sejarah perkahwinanya. Suzie yang setia mendengar luahan Ida ikut tenggelam dalam emosi. Dia pun mengapi-apikan bahang kepanasan di hati Ida.

” Memang kau patut tinggalkan laki kau tu..baru padam muka..cerai je lah..! jangan bagi peluang pada lelaki yg ego mcm dia tu..dah la tak romantik, tak tahu menghargai isteri lagi.., masih tak bersyukur dapat isteri cantik, berpangkat mcm kau ni..Kau jgn takut, aku tolong kau lari dari masalah ini”

Lain pula dialog Anuar dan Zaki Dua orang lelaki dalam lingkungan 30-an itu saling mengadu tentang perangai buruk isteri masing-masing..

” Isteri aku kuat sangat merajuk..semua mesti kena ikut dia..aku langsung tak boleh pujuk terpaksa mengalah…ahhh..seksanya” Zaki mengeluh..

Anuar yang tersengeh mengejek…” padam muka kau…pilih yang cantik sangat, anak orang kaya konon.. Releks laaa..kau perlu pandai menakluki hati perempuan.. gentlemen la..jangan cepat mengalah..

Anuar memberi idea gila: “lebih baik kita cari perempuan yg boleh puaskan hati kita drp dok fikr hal perempuan di rumah..”

Begitulah kisah2 rahsia suami isteri yg dijaga tanpa was-was. Suami mengata isteri di depan kawan. Begitu pula si isteri mengata suaminya tanpa rasa berdosa. Peranan seorang kawan sangat bererti bagi setiap pasangan suami dan isteri. Disebabkan kawan, rumahtangga boleh bergolak, dan kerana kawan juga kasih sayang boleh bertaut kembali. Betapa pentingnya kita mengenali siapkah kawan rapat kita..
KAWAN DUNIA AKHIRAT
Pepatah Arab ada menyebut: “jangan tanya siapa dia, tetapi tanyalah siapa temannya. Setiap teman pasti mengikut temannya.”

Isteri mana yg tidak sedih jika suaminya lebih mementingkan sahabatnya daripada keluarga sendiri. Ada yg sanggung mengeluarkan harta benda untuk menolong kawanya tetapi pada masa yang sama mengorbankan keluarganya. Duit untuk belanja kawan sentiasa ada, tetapi bila nak memberi nafkah kepada isteri sentiasa kedekut. Begitu juga jika seseorang isteri yg lebih mementingkan diri sendiri. Rela berhabis-habisan untuk bergembira dengan kawan, pergi bersiar-siar di Mall, sibuk dengan berpersatuan, akhirnya tiada masa untuk suami dan anak-anak.Semuanya kerana kawan.

Dalam diri aku pula, memang aku akui diriku mempunyai ramai kawan, di blog yang dulu followerku melebihi 1000 orang,orang dan di FB aku pun melebihi 1200 orang. Tidak salah untuk mempunyai ramai kawan atau sahabat seandainya kita pandai dan tahu adab-adab semasa berkawan.

Sejujurnya diriku sangat menghormati kawan-kawanku, ku akan cuba sebaik mungkin untuk tidak melukakan hati kawan dan sahabat2 ..namun kadang2 ada juga dalam kebaikan kita bersahabat…ada segelintir tersalah anggap.. mungkin aku terlalu permah…mungkin juga.

Pasti kita akan sedih bila sahbat dan kawan baik kita sendiri “membuang” kita..dan tidak lagi menggagap kita sebagai sahabat atau kawan mereka sehingga sanggup membuang list blog kita di dalam blognya, dek kerana hati dan perasaan cinta tidak berbalas…( mungkin) Namun, semua itu adalah realiti kehidupan…saya tak perlu untuk sedih.. dan kepada “dia” yang sampai sekarang ni..masih belum boleh me
lupakan saya…bawa mengucap banyak-banyak..yang lepas tu…biarlah berlalu..berikanlah ruang untuk saya bernafas..tidak perlu lagi mengungkit kisah lama..itu saja..

p/s: hati berbicara

p/s: nama dalam dialog tu rekaan semata..tak ada kena mengena dengan sesiapa..
Advertisements