Archive for the lucu Category

terperangkap dalam tandas….

Posted in lucu on March 29, 2010 by sekamarrindu2009

Dalam hidup ini kadang-kadang seperti pelangi, penuh warna-warni. ada suka, ada duka, ada sedih ada lucu… kadang-kadang benda-benda ni berlaku ini tak kita duga pun..tapi berlaku juga..

wah..suspen je nihh…..

Kisah ini dah dua minggu lebih berlaku. namun sehingga ke saat ini, sangat memberi kesan yang sangat mendalam diri ini.. malu yang teramat sangat.. kalau dulu di entri anaklaut, saya dan kawan pergi makan kenduri di tempat yang salah.. kerana dua kenduri di tempat, waktu, yang berdekatan..sehingga kini masih belum dapat lupa lagi..hehehee..

Kali ini, lain lak ceritanya…

tanggal 08hb Mac 2010, (Isnin), satu tarikh yang paling diingati oleh aku..kerana pada tarikh itu lah satu peristiwa yang sangat memalukan berlaku pada aku, di sekolah. Namun aku ceritakan juga kerana untuk memberi pengajaran pada sahabat-sahabt yang lain, jangan berlaku apa yang telah berlaku pada aku ni..hehehe..

Hari Isnin, seperti biasa lah, Perhimpunan Rasmi diadakan, biasalah tu kan..selepas membaca doa, membaca ikrar, murid-murid akan menyanyikan lagu-lagu NegaraKu, Lagu Kebesaran Negeri Sembilan dan Lagu Sekolah dengan iringan muzik..

Sebaik saja Ketua Murid, yang mengetuai majlis perhimpuan tersebut…dan mejemput aku untuk berucap di perhimpunan tersebut…TIBA-TIBA perut aku memulas..sakit perut..aduh….kacau betul.. abis hilang apa yang aku nak ucapkan pada pagi tu.. asyik muka terkerut-kerut menahan sakit perut.. selalaunya setiap perhimpuanan, pasti aku bagi tazkirah untuk murid-murid, diselang seli dengan ustaz..biasalah sentuhan rohani perlu diberikan pada murid-murid selain di dalam kelas..

Rasa nak stop ucapan untuk ke tandas..rasanya boleh tahan lagi…ok teruskan ucapan.. tiba -tiba memulas lagi..perut..tiba-tiba…aduh……masa dok tahan-tahan tu…terkentut la pulak…hehehee.. tapi tak lah kuat pun…( sakit perut sangat..ni,..tahap maksima..)..ehhehee..

so…dengan langkah yang drastik, saya terus berhenti berucap dan berjalan cepat ke tandas… fuhhh..apa lagi…daah tak tahan…lagi ni….dengan kepakaran yang pantas..seluar perlu cepat dibuka,.buka ngn seluar kecik sekali gus…( ehheheeh)..

legaaaaa….fuhhh….masalah dah selesai lepas hajat… hehehe…..tapi belum selesai lagi…buka paip lak…air pulak tak de….alamak…!…alamak…..adush..macam mana ni….matilah aku kali ini….alamak…; ..abis macam mana nak buat…. terpkasa tunggu lah..dalam tandas tu sehingga perhimpunan abis.. hehehhe… tunggu kalau-kalau kwan ada datang masuk tandas…tunggu punya tunggu….selama hampir 45 minit, tak de seorang pun yang masuk tandas…

adusssssh……nak telefon kawan-kawan..tak leh, sebab aku memang tak guna handphone. sudah 1 tahun lebih aku tak guna.. ( sebab apa..?? adalah sebabnya)…masa berlalu.. tiba-tiba terdengar seperti ada seperti suara pelajar-pelajar yang mencari aku..yalah….lepas perhimpunan aku ada kelas Science Year 5.( 8.40-9.40 pagi- sehari satu kelas saja mengajar..).. nak panggil murid-murid tak leh sebab suara tak dengar, ada dinding..takkan ..

satu jam lebih dok dalam tandas….tiba-tiba terdengar kawan saya masuk tandas….dengan bercerita serba ringkas, kawan saya tersebut pergi mengambil air dan bawa ke saya….pertolongan yang sangat bermakna pada aku…

cerita aku “terperangkap di dalam tandas”…cepat tersebar…semua guru-guru ketawa .gelak bagai nak rak…malu nya aku… sampai kat guru besar pun tahu.. malunya jangan ceritalaaa..

terpikir aku lak…kalaulah terkena pada cikgu pompuan macam mana lah…..( asyik gelak orang saja..tak kena tak pe aaah..heheh) haru dibuatnya…

esoknya…, aku mencadangkan agar pihak sekolah membeli tong air yg besar….mulanya gb tak nak beli sebab mahal…selepas aku menyatakan..” kalau cikgu..terkena mcm saya…kita jangan tolong…..” barulah dia setuju….

terkenang peristiwa ini ..aku tergelak sendiri.. malu jangan cerita….nasib baik murid-murid tak tahu…..kalau tahu..abis lah aku…bila dia orang balik cete kat family dia orang..mana nak letak muka aku ni..hehehee

tulah kisahnya:

moralnya :

sebelum nak buang air tu tengok2 lah dulu air tu ada ke tak…..jangan pakai hentam..saja…hehehe..tapi dah terdesak nak wat mcm mana..kan…darurat..hehehe

p/s: trima kasih pada sahabat saya..cikgu x