Archive for the M.Nasir Category

M.Nasir Penyanyi Pujaaan Saya..

Posted in M.Nasir on October 10, 2010 by sekamarrindu2009



Bagaimanakan ku mula
Dan apakah kata-kata
Yang indah untuk diabadikan
Tiap wajah berkisah
Tiap madah bererti
Manakah ilhamku

Cahaya di matamu
Senyum di bibirmu
Mengukir seribu tanda pertanyaan
Mungkinkah kau jua dalam kerinduan
Di saat begini aku merindukan

Berhelai-helai surat
Terbiar di depanku
Tak dapat aku utuskan
Ku ramas semua
Dan ku buangkan
Jauh dari pandangan


Lalu aku kesal
Ku kumpul semula
Tak dapat ku nyatakan apa yang ku rasa
Jika engkau tahu di dalam hatiku
Mungkinkah kau sahut jeritan batinku

Dengarkanlah panggilanku
Dengarkanlah lagu untukmu
Angin lalu kau sampaikan
Rasa rindu yang membara
Kepadanya

Warna-warna cintaku

Kian pudar bersama
Malam yang gelap gelita
Entahkan kau rasakan
Apa yang aku rasa
Atau kau tak endah

Tapi ku percaya

Semua telah tertulis
Dan niat suciku takkan disiakan
Dan di suatu masa
Di hari yang indah
Ku hulur tanganku
Lalu kau terima


Antara penyanyi yang paling saya minat ialah M.Nasir. M.Nasir atau nama sebenarnya Mohamad Nasir bin Mohamad, lahir pada 04hb Julai 1957 di Bukit Panjang, Singapura. Beliau ialah anak ke empat daripada sembilan orang adik beradik. M.Nasir juga aktif sebagai seorang penyanyi, penggubah lagu, pengarah filem pelakon, serta pelukis yang terkenal. Beliau juga dipanggil “sifu” dalam industri muzik tanah air.

Beliau juga adalah pengasas kumpulan Kembara pada tahun 1980-an dan lagu2 dari kumpulan kembara masih segar diminati ramai sehingga kini. Sentuhan muzik beliau yang begitu menyentuh rasa ( seperti lagu blog saya ini, suatu masa) adalah contohnya, begitu juga dengan lagu Raya ( Suatu Hari Di Hari Raya) sangat saya minat..berkali2 dengar pun tak puas..

Selain menyanyi beliau juga aktif berlakon, dan hingga kini sudah tujuh buah filem beliau berlakon antara filem yang beliau berlakon ialah ( Kembara Seniman Jalanan, Selubung, Fenomena, Balada, Merah, Putih ( filem animasi membawa watak Putera Aftus) dan akhir sekali filem Puteri Gunung Ledang ( sebagai Hang Tuah).

Dianggarkan sudah melebihi 3000 buah lagu yang diciptakan oleh beliau sepanjang pembabitannya dalam industri tanah air. Sebut saja artis-artis yang terkenal, pasti ada membabitkan lagu-lagu M.Nasir. ( Mawi – Aduh Saleha, Fantsia Bulan Madu- Search, Mahligai Syahdu- Hattan, Takdir Penentu Segalanya- Jamal Abdillah, Sejati- Wings, Nafas Cahaya- Misha ) dan ramai lagi penyanyi2 yang tak dapat saya tuliskan di sini.



p.s…kesik
Advertisements