Archive for the magnet cinta kamu dan daku. Category

tazkirah malam: Bila isteri Memiliki Magnet Cinta..

Posted in magnet cinta kamu dan daku. on April 17, 2010 by sekamarrindu2009

Memang sungguh seronok apabila melihat isteri di rumah dalam keadaan cantik dan bergaya.. Selepas kepenatan mencari nafkah, para suami pulang ke rumah mengharapkan pemandangan yang indah-indah belaka. Beruntung suami yang mendapatkan isteri yang cantik, apa pun jenis pakaian dan perhiasan yang dipakai semuanya sesuai dan anggun dilihat. Pasti suami bertamhah sayang dan betah di rumah.

Namun ada juga isteri yang berpendapat begini..
” tak payahlah nak keluarkan duit, untuk beli bedak dan gincu, buang masa nak berhias. Suami aku baik, sopan santun, lemah lembut dan pergi haji, tak tinggal solat, lelaki beriman. Dia tahu batasan dosa dan pahala. Tak mungkin dia akan menggatal dengan perempuan lain..” kalau ada yg berpendapat sebegini, sangat malanglah seseorang isteri itu…
Banyak kuasa magnet yang berada dalam diri seorang wanita yang perlu dicas dan dijaga demi kebahagiaan rumahtangga ialah:-
WAJAH YANG BERSERI
Pakar kecantikan mengesyorkan perawatan wajah dengan melakukan tiga sentuhan, membersih, melembab dan menyegar. Namun alangkah baiknya jika sentuhan terakhir juga dilakukan, iaitu sentiasa menyapukan bedak ‘syukur’, gincu berona ‘redha’ dan pembayang mata jenama ‘sopan lagi malu’. Jika anda menggayakan di rumah pasti si suami akan tergoda. Berada di luar rumahpun, suami tidak akan tergoda oleh fitnah. Sesungguhnya rasa syukur, redha dan malu menjadi daya tarikan dan juga aset kecantikan yang paling hebat yang dimiliki oleh seorang wanita.
TANGAN YANG LEMBUT DAN HALUS
Kecantikan kedua-dua tangan seorang wanita bukan hanya dinilai dengan kelembutan dan kehalusannya semata-mata teteapi pertolongannya untuk suami dan anak-anak. Demi membina keluarga bahagia adalah kekuatan yang tidak ternilai. Tidak timbul sentimen dalam soal pengagihan kerja ataupun nafkah dan harta benda kerana Rasulullah SAW menyuruh para wanita untuk banyak bersedekah dan yang paling utama ialah sedekah pada ahli keluarganya.

Asma binti Abu Bakar RA berkata: ” Saya pernah bekerja mengangkat kurma dari kebun suamiku di atas kepalaku dan berjalan sejauh dua pertiga farsakh kira-kira 3 batu” ( Hadis riwayat al-Bukhari dan muslim)

Abdullah bin Mas’ud RA mempunyai seorang isteri yang kaya bernama Zainab RA. Suatu hari, isterinya itu menyuruh Bilal RA supaya bertanya kepada Rasulullah SAW soalan yang bermaksud:
” Wahai Rasulullah, apakah cukup bagiku memberi sedekah kepada suamiku dan anak-anak yatim dalam pangkuan ku?” Rasulullah menjawab dengan maksudnya, ” Benar, Wahai Bilal , dia mendapat dua pahala sekali gus. Pahala kerana berbuat baik kepada kaum kerabat dan pahala sedekah ( hadis riwayat al-Bukhari dan muslim)
TUBUH BADAN YANG RAMPING SERTA RINGAN BERGERAK
Anda mesti telah banyak mencuba ubat-ubatan untuk menguruskan badan. Apatah lagi isteri yang mengalami proses mengandung dan melahirkan, mereka amat takut memiliki lemak yang berlebihan. Jesteru itu para isteri perlulah bijak mengatasi ‘masalah’ ini.

Tubuh badan yang cantik tubuh badan yang dipergunakan untuk kerja-kerja kebajikan, amal soleh dan beribadat kepada Allah swt, kerana semua anggota itu menjadi saksi pada hari kiamat nanti atas segala perbuatannya di dunia.

Gambaran wanita ideal bolehlah anda dapati di dada akhbar, lembaran majalah fesyen, televisyen dan media hiburan lainnya. Mereka bagikan magent yang membawa kebaikan bagi sesiapa yang mengenali diri anda..

Semoga rumahtangga anda akan kekal bahagia selamanya…
wasalam…
Advertisements