Archive for the melawat sahabat di hospital Category

melawat sahabat di Hospital Tuanku Jaffar, Seremban..

Posted in melawat sahabat di hospital on April 2, 2010 by sekamarrindu2009

Jam hampir 11.00 malam….mata terasa mengantuk..dan tiba masanya untuk tidur melelapkan mata., sebelum tidur..taip apa2 yang patut…

petang ni sempat melawat sahabat saya yang sakit di Hospital Tuanku Jaffar di Seremban..kesian melihatnya yang agak susut badannya..satu jari kakinya telah dipotong oleh doktor kerana kencing manis..Ya Allah..walau pun beliau bukanlah satu skolah mengajar dengan saya, namun dia adalah kawan dan sahabat yang baik dan selalu datang singgah di rumah saya, bertanya khbar, dengan dialah saya keluar minum teh tarik dan bersembang.

semoga Allah swt memberi ketabahan dan kesabaran padanya, pada isterinya, air matanya berkaca di pipi saat berbicara. Saya sangat memahami dan memintanya banyakkan sabar menghadapi ujian ini..semua ini dugaan Allah swt…

kepada cikgu esma…saya doakan kamu cepat sembuh…esok atau lusa ku singgah melawat kamu lagi….