Archive for the memori di kampung Category

bila balik ke kampung tak lupa ziarah sini…..

Posted in memori di kampung on November 20, 2010 by sekamarrindu2009

bila cuti sekolah..mesti ada yang nak balik ke kampung halaman…begitulah putaran kehidupan yang disulami akan kerinduan yang mendalam..mesti teringat kepada kampung halaman yang tercinta…di kampung bila berjumpa dengan rakan-rakan lama mesti happy..banyak benda yang boleh diceritakan…daripada hal yang kecik-kecik hingga hal yang sebesar-besar laa…dan selalunya akan disusuli dengan gelak tawa..almaklumlah lama tak jumpa ..
perkara-peraka wajib yang saya akan buat bila sampai di kampung, selepas jumpa dengan dengan family, saya akan melawat pusara ibu saya..itulah rutin saya..sedekah yassin pada arwah bonda saya yang tercinta yang telah lama dijemput pulang..
keduanya saya akan menziarah, seorang yang cukup berjasa kepada saya..iaitu Pakcik Kasim dan Makcik Limah iaitu salah seoang Guru yang mengajar saya mengenal ayat-ayat suci al-quran…(guru al-quran saya selain ibu saya) sehingga saya mengenal ayat-ayat suci itu…bertanya khabar mereka berdua…masih ingat masa kecil mereka ini dengan penuh sabar mengajar saya mengaji..( sambil rotan ada di tangan..heheh..takutnya masa tu…)
Jasa mereka sangat tinggi dan saya sangat menghargainya…

– selamat pulang ke kampung…..jalan baik2 ya..