Archive for the memori terguris Category

teringat peristiwa lalu….

Posted in memori terguris on December 2, 2010 by sekamarrindu2009

Seorang anak muda, dalam wajah mudanya yang diusik keluh resah menuju ke arah saya. Tepat saya memandangnya, dia terus bertanyakan saya, ” abang, masuk internetkah?”, saya dengan lembut menjawab “Ya”. Dia melihat saya dalam anak matanya yang lebih tajam, lantas menyoal lagi..
” abang, abang mesti melihat gambar-gambar blue ( lucah) kan?”
Saya tergaman…tersentak, darah seperti naik ke kepala, berkumpul2 di muka. Merah muka dan gelabah adalah penyakit saya..bila terkejut dan berada dalam situasi yang kurang menyenangkan, nilah jadinya…
saya tarik nafas dalam-dalam..biar sejuk sikit darah tadi yang mendidih tu.. saya melihatnya, kemudiannya saya melihatnya lagi, saya pegang bahunya agar dia sedar akan kehadiran saya..
” kamu ni tak ada adab..!” kata saya.
saya tarik tangannya sambil menyuruhnya duduk. Betul-betul mengadap saya
“apa yang kamu dapat kalau saya kata ya, atau pun tidak tadi? sejak bila kamu ni diajar untuk bertanya dosa orang lain? “
saya lihat anak muda tadi ( dalam lingkungan 17 tahun) seolah-olah cemas.
“jangan lah risau…, saya tak akan apa-apakan awak..” bagi memberi kelegaan sikit..nampak mcm mukanya sedang pucat..
” saya beli broadband ni sebab memang saya perlu benda ni..nak buat tugasan, ( masa tu memang perlu sebab sambung belajar), takkanlah dengan saya beli benda ni..awak menuduh saya tengok gambar-gambar lucah.. tak baik menuduh orang mcm tu..” kata saya dengan lembut..
anak muda yang sedar akan kesilapannya cepat menhulurkan tangan memohon maaf, dan saya maafkan dia…yalah budak-budak sabar sajalah…
peristiwa ini sudah lama berlaku, dalam beberapa tahun yang lalu, entah mcm mana malam ni saya boleh teringat balik…