Archive for the menantu yg baik bukan hantu.. Category

Bagaimana mahu menjadi seorang menantu yang baik..

Posted in menantu yg baik bukan hantu.. on May 22, 2010 by sekamarrindu2009

Cerita : Mertua VS Menantu..

Salam petang semua…….
Jika anda seorang menantu yang baik, tentunya banyak hati yang perlu dijaga, mahu tidak mahu, rela tidak rela, kadang-kadang anda menjadi mangsa penderaan ( ye ker..?) akibat tindakan ipar duai atau menatu-menantu yang lain Hubungan antara ipar duai ini ibaratnya seperti kek lapis, ada masam manisnya. Ada lapisan yang manis dan di atasnya ada lapisan yang masam pula. Silih berganti, sebenarnya hidup ini tak selalunya indah, itulah kehidupan, itulah realiti.
Berikut saya berikan tips-tips untuk menyelamatkan dari anda daripada penderaan emosi oleh ipar duai yang bermasalah..
  • Kenali sensitiviti mereka dan jangan sekali-kali menyentuh perkara itu ketika bergaul.
Seseorang mempunyai privasi yang sifatnya amat peribadi dan sensitif untuk dikongsi dengan orang lain, sebagai alhi keluarga yang telah diterima baik, anda mesti banyak belajar dan mengkaji setiap hati budi manusia di sekeliling anda dan suami. Hindarkan daripada menyentuh sebarang kekurangan dan kelemahan orang-orang yang bergaul dengan anda seperti asal usul keluarga ipar, latar belakang pendidikan yang tidak tinggi, gaji dan harta benda yang amat sensitif untuk dikongsikan maklumannya. Rahsia rumahtangga perlu dijaga dengan baik kecuali isu-isu yang remeh dan tidak mengundang bahaya jika diceritakan..
  • Jangan berlagak hebat dan suka menunjuk-nunjuk..
Kalau mahu bersemabang, pilihlah gaya bahasa yang baik. Jangan dok asyik meuji diri sendiri, suami dan anak-anak sementara orang lain cukup bersabar menjadi pendengar yang setia. Fikirkanlah dulu sebelum bercakap. untuk memastikan tidak akan timbul sebarang kekeruhan yang tidak diingini dengan ipar duai. Biasanya kita suka kepada orang yang suka banyak bertanya tentang diri kita. Sehingga membuatkan kita terlupa pula untuk mendengar cerita tentang orang lain kerana terlalu seronok pada diri sendiri. Tabiat suka menunjuk-nunjuk ini akan membuka suasana yang saling berlawanan, adu kekuatan, kekayaan, kecantikan, dan kedudukan. Apabila sifat-sifat bermegah-megah, sombong dan takbur menjadi amalan dalam keluarga, pasti boleh menghancurkan persaudaraan, menimbulkan dengki dan dendam.
  • Sabar dengan ujian-ujian dalam pergaulan
Nabi SAW menyatakan dalam hadis, yang maksdunya: Orang yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi. Setiap individu memerlukan kehadiran orang lain untuk mencapai matlamat kebahagiaan. Kehadiran ipar-duai diharapkan menjadi penyeri kebahagiaan rumahtangga. Untuk itu anda perlu bijak dalam mewujudkan suasana yang aman dan harmoni. Semuanya bergantung kepada kepintaran anda duduk di tengah-tengah mereka.
p/s: indahnya………tadi…tq so much..