Archive for the mengaku.. Category

biar putus tali kemudi..jangan putus tali hati…

Posted in mengaku.. on May 27, 2010 by sekamarrindu2009

“Dah lah merajuk tu…..tak eloklah merajuk-rajuk ni….”. Azman menjeling ke arah Rosmie yang duduk disisinya. Jus oren yang masih berbaki disedutnya perlahan-lahan.

Rosmie, guru muda lepasan sebuah universiti tempatan itu mencoret sesuatu dalam buku catatannya. Kantin mula lengang. Tempat letak kereta yang bersebelahan dengan kantin itu juga semakin lengang. Suria petang menyinarkan ruang-ruang yang terbuka..

Azman menolak gelas yang hanya tinggal ketulan ais. Menyedari Rosmie yang tidak memberi tumpuan kepadanya. Azman bertindak menarik buku catatan Rosmie. Mata mereka bertaut dan Azman tersenyum manis sambil mengenyitkan mata. Saat itu Rosmie merasakan lemas dalam diri sendiri. Rosmie memberi isyarat tangan meminta Azman memberikannya semula buku catatan itu.

” Percayalah kat abg ni…, lupakan lah cerita-cerita yang boleh menjejaskan hubungan kita. abang tak ada siapa-siapa lagi..hanya awak saja dalam hati abg….” Azman menjelaskan situasi yang sebenarnya pada Rosmie..

” bukan tak percaya.. tapi saya sangat terkilan dengan abang..” tiba-tiba Rosmie berbicara.

” terkilan pasal apa ..?” tanya Azman ringkas. Matahari semakin condong ke arah barat. Renungan Azman tepat ke mata Rosmie dengan sejuta persoalan.

” macam-macam saya dengar sekarang ni….wah bukan main lagi ya…sebelum saya, dok cerita macam-macam dengan cikgu Norlida”..

“mana ada”.. jawab Azman.

” aaah….mana ada..mana ada… tu lah saja yang selalu awak boleh katakan bukan?”

Rosmie berlalu..sambil meninggalkan Azman. Suhu kemarahannya memang membuak-buak mendengar jawapan Azman.

Petang itu sewaktu memandu pulang ke rumah, fikirannya terus dinaungi Rosmie. Sepanjang perjalanan itu, Azman menyalahkan diri sendiri,. bukan dia tidak mahu berterus terang..,hubungan dia dengan cikgu Norlida, ibarat kakak dengan anak, tidak mungkin ada perasaan cinta… Pening kepala Azman dibuatnya…

Azman sangat faham akan situasinya…hubungan cintanya denagn cikgu Rosmie memang tak sunyi daripada sebarang masalah. ada sahaja…Memang pelbagai dugaan dan rintangan banyak melanda hubungan cinta mereka berdua..
p/s: biar putus tali kemudi..jangan putus tali hati… moral:..kalau buat salah mengaku sajalah…..