Archive for the Mengenali Diri Seorang Wanita…sebelum mengambil dia menjadi seorang isteri Category

>Mengenali Diri Seorang Wanita…sebelum mengambil dia menjadi seorang isteri.

Posted in Mengenali Diri Seorang Wanita...sebelum mengambil dia menjadi seorang isteri on July 3, 2011 by sekamarrindu2009

>

1. Susunan badan anda sebagai wanita hampir sama dengan susunan badan kanak-kanak menyebabkan wanita itu berperasaan yang keras, mudah terpengaruh dengan peristiwa suka, duka, khuatir dan sebagainya. Kenangan akan mempengaruhi emosinya agak lama. Emosi yang lebih kuat pada wanita adalah sesuai untuk mendidik anak-anak.
2. Kepala wanita dewasa lebih kecil daripada kepala lelaki. Ini tanda bahawa akal wanita kurang dari akal lelaki. Pada lelaki itu banyak kecerdikan dan kecerdasan sedangkan pada wanita lebih banyak kekecohan tidak menentu.

3. Perasaan wanita jauh lebih lemah dan mudah tersentuh, sensitif , jenis jiwa dan mahu dibelai dimanja.
4. Kulit daging wanita umumnya halus dan lunak. Dagingnya lemah, hujungan dagingnya lembut dan penghujung uratnya juga lebih lembut. Hubungan urat dengan daging adalah amat lemah serta tipis seratan dagingnya.

5. Tulang wanita terutama tulang dada dan punggung adalah berlainan daripada lelaki. Kejadian tulang ini agak menyulitkan wanita berjalan mengakibatkan wanita berjalan dengan cara dan lenggok tertentu.
6. Angota tubuh wanita mengandungi banyak halia. Di dalam halia terkandung banyak lemak. Maka pada tubuh wanita didapati banyak mengandungi lemak dan lebih sejuk.
7. Saluran darah serta urat saraf wanita lebih kecil dan sempit. Ini menyebabkan kumpulan saraf wanita lebih mudah dari segi kejadiannya yang lebih subur.
8. Rambut wanita lebih subur dan ini menyebabkan rambutnya boleh tumbuh dengan panjang dan lebat sebagai pasangan kepada akalnya yang “pendek”
9. Wanita mempunyai sifat yang suka menunjuk-nunjuk akan rupa parasnya dan bentuk badannya. Suka dipuji akan kecantikannya dan suka menghias dirinya untuk mendapat pujian. Oleh itu wanita yang solehah adalah lebih baik dipilih menjadi bakal isteri agar sifat sifat ini hanya ditonjolkan kepada suaminya sahaja.
10. Wanita akan melakukan apa sahaja kerana perasaan sayangnya kepada suami dan anaknya. Perasaan ini biasanya perlu dinasihati oleh suaminya kerana akan cenderung bagi isteri itu terlalu memanjakan anak atau terlalu mengambil berat tentang hal ehwal suami yang membuatkan suami berasa kurang senang. Namun pihak suami kenalah faham bahawa semua yang dilakukan itu dilakukan atas perasaan sayang.