Archive for the mengukur rasa.. Category

mengukur asa, apa yang kamu rasa..

Posted in mengukur rasa.. on May 15, 2010 by sekamarrindu2009


jika nanti daku pergi kerana musim atau cuaca atau angin ..
akan ku selitkan sedikit kenangan sebagai tanda di hujung timur
pada dermaga dan tebing pantai agar dikau tak susah mencari
kepada karanglah ikan-ikan menanam kepercayaan..


tentang getar yang berjejeran di hatiku apakah itu ombak?
kita pernah tergagap-gagap saling mengukur asa, apa kau rasa?
pada ketika itu segala menjadi berbunga-bunga seperti adinda
lalu
kita terus mencari-cari diri, adakah dikau mengerti?

sejarah para pelaut adalah sejarah mata angin dari lajur pencarian
ku anaklaut yang resah hampir tenggelam, mungkinkah akan karam?
akan ku bawa pulang seluruh sisa karang padamu menjadi halaman