Archive for the mimpi dalam mimpi.. Category

>mimpi dalam mimpi…

Posted in mimpi dalam mimpi.. on December 17, 2010 by sekamarrindu2009

>


malam dalam mimpi..
kita bertemu
kau mendakap kemas
penuh kelembutan
yang ku nampak hanya kasih sayang..
yang ku tatap adalah cinta..
suci..

malam dalam mimpi..
ku membawamu berjalan-jalan
ke pasar-pasar kain
kita cuma melihat kain-kain itu.
tak membeli..
dan kau tak tanya kenapa?

mimpi dalam mimpi
kita berjalan lagi..
sehingga sampai ke kedai makan
kita duduk dan pelayan mula.
menghidangkan juadah
ku makan dengan tertib
sambil kau temaniku makan..
dengan sopan
dengan kasih sayang..

selesai makan kita pulang..
aku pun terjaga..
aku sendirian cuma..
hanya ditemani setia caca dan cici
Ya Rabbi..

dalam terpingga-pingga
subuh pun tiba..

Advertisements