Archive for the minggu yang sibuk….. Category

>minggu yang sibuk……..terima kasih pada sahabat-sahabat yg singgah blog saya.

Posted in minggu yang sibuk..... on April 7, 2011 by sekamarrindu2009

>

2 hari tak update blog…terasa lama sangat saya rasa…. rindu pada blog saya nih……April bulan yang sangat sibuk buat saya…..

sibuk dengan pelbagai tugasan, menguruskan pelbagai tanggungjawab yg diamanahkan..bermula 30hb Mac, dengan Mesyuarat Agung PIBG, terlibat mengurskan pertandingan-pertandingan daerah, bola jaring, badminton, MTAQ (Majlis Tadarus Al-Quran), Mesyuarat Pentaksir Kurikulum Sekolah Rendah ( KSSR),

Mempengerusikan mesyuarat LINUS sekolah, pendek kata, sibuk betul, turun pagi jam 7.00 pagi dan balik rumah 6petang, malam dah letih tak dapat nak tengok blog..

terima kasih kepada sahabat-sahabat yg sudi singgah blog picisan saya ini…jua mintak maaf sebab masih belum dapat nak singgah blog sahabat2 …

walaupun sibuk, perhatian saya pada ayah yg sakit stroke tidak pernah diabai. pulang dari menjalankan tugas, pasti tumpuan saya hanya kepada ayah, meluangkan masa dengan dia, bercerita apa saja, berborak perkara2 yg biasa, saya tak mahu ayah terasa kesunyian, ( wp dia sebenarnya sunyi).

sejak ibu meninggal, ayah bersama saya, di bahu sayalah semuanya terpikul..nak mengharapkan abang, dia juga sibuk dengan tugas, sebagai doktor pakar sakit puan, abang sangat sibuk…saya faham..

memikirkan hal ini, saya terasa untuk mengambil cuti tanpa gaji selama 1 tahun, semata-mata untuk memberi tumpuan pada ayah…[sedang memikirkan..]
p/s: sanggup berkorban apa saja….

Advertisements