Archive for the monolog dalam hati Category

>wahai diriku…apa khabar kamu saat ini…??

Posted in monolog dalam hati on February 4, 2011 by sekamarrindu2009

>


Hidup ini memang sukar dan sangat mencabar..di pagi yang hening ini aku cuba bertanyakan khabar tentang diriku.. sejak awal tahun 2011 hingga kini hidupku tak pernah sunyi dengan ujian dan dugaan yang menimpa..ujian yang datang bertali arus..lepas satu satu…hingga lelah dan lemas segalanya..

wahai diriku…,kamu perlu tahu segala ujian dan dugaaan ini adalalah guru yang tidak bercakap..yakinlah diriku..segalanya takdir dan perlulah redha..wahai diriku…kamu nampakkan pelangi yang muncul di kaki langit petang tadi? Pelangi..cantikkan?..terasa kalau boleh mahu saja kamu mendapatkan pelangi tersebut..tapi apakan daya..sudah lumrah..sesuatu yang indah tak semestinya kita dapat..Ironinya itulah alam yang mengajar kita erti sebuah kecewa..

wahai diriku.., Allah swt Maha Pengasih, yakin dan tetapkanlah di dalam hati..buangkan lah rasa kecewa itu….biarlah orang lakukan pada kamu…kamu jangan sesekali membalasnya.. kamu perlu sentiasa mencungkil hikmah di sebalik ujian dan dugaan yang menimpa kamu. Wahai diriku.,..kamu perlu berbaik sangka, sabar, redha, tawakal dengan kerenah-kerenah dunia ini…ramai orang suka bermuka-muka, baik hanya di depan kamu saja…di belakang kamu apa yang tidak dikatakannya..biarkanlah semua itu..jangan dihiraukan sangat..

wahai diriku.., kamu sedar tak…ramai kawan-kawan kamu yang dulu sangat baik, sanggup berkongsi susah senang kini meninggalkan mu?..itulah hakikat yang kamu perlu sedar wahai diriku.. usahlah ditanya kenapa ini terjadi..nanti bertambah kekusutan yang melanda..biarkanlah semua itu berlalu..maafkanlah mereka-mereka itu..

4.19am