Archive for the panduan.. Category

Dua panduan untuk wanita mencari calon suami…..

Posted in panduan.. on November 20, 2010 by sekamarrindu2009

Pernikahan adalah ibadah. Jalan untuk menyucikan diri dan akhlak, menambahkan rezeki dan amalan yang menyamai setengah agama. Seperti sabda Rasulullah SAW “Apabila seorang hamba telah berkeluarga, bererti dia telah menyempurnakan separuh daripada agamanya. Maka takutlah (bertakwalah) kepada Allah SWT dengan separuh yang lainnya..” ( Hadis Riwayat Al- Thabrani).
Panduan Pertama : Tanamkan Niat Yang Ikhlas.
Taraf pernikahan sama dengan berjihad di jalan Allah SWT. Sebagaimana sabda Rasulullah SAW ” Tiga golongan orang yang pasti mendapat pertolongan Allah SWT, iaitu hamba mukatab yang bermaksud melunasi perjanjiannya, orang yang menikah dengan memelihara kehormatannya dan orang-orang yang berjihad di jalan Allah SWT” ( hadis riwayat A-Turmudzi). Niat untuk mendapatkan rezeki berupaya zuriat yang soleh adalah menjadi pendorong untuk menyegerakan pernikahan. Semaklah kata-kata Umar bin Al-Khatab ketika berkahwin- ” sungguh, aku memaksa diri berkahwin dengan harapan Allah SWT akan menggunakan diriku makhluk yang akan bertasbih dan berzikir kepadaNya.” Betapa besar pahala amal jariah yang dilakukan oleh pasangan yang bernikah kerana Allah SWT, kerana dari perkahwinan itu akan lahirlah hamba-hamba Allah yang bersujud dan tersebarlah agama Allah SWT ini dengan berkat pernikahan yang diredaiNya.
Panduan Kedua : Jangan Cerewat Memilih Pasangan dan Jangan Terburu-buru
Apabila anda disuruh menilai lelaki yang akan menjadi calon suami anda, akan timbul perasaan yang sensitif di dalam hati anda. Bahkan anda akan merasakan lebih sensitif dari kebiasaannya. Peka dan terlalu cerewat dengan kekurangan-kekurangan pada lelaki itu.
Akan tetapi janganlah pula terlalu terburu-buru menerimanya tanpa usul periksa. Sikap berhati-hati sangat penting. Selidiklah dulu siapa lelaki itu..adakah dia ini betul-betul bujang..kalau terkena suami orang, kalau boleh dielakkan..baik elakkan lah..sebab berkahwin dengan poligami bukanlah semudah yang disangkakan..banyak dugaaan dan rintangannya.

– alhamdulillah..dah sampai rumah kan…:)