Archive for the Pasangan berkahwin 77 tahun mahu bercerai kerana suaminya terjumpa surat isterinya yang ditulis 50 tahun dulu kepada kekasih gelap Category

Pasangan berkahwin 77 tahun mahu bercerai kerana suaminya terjumpa surat isterinya yang ditulis 50 tahun dulu kepada kekasih gelap

Posted in Pasangan berkahwin 77 tahun mahu bercerai kerana suaminya terjumpa surat isterinya yang ditulis 50 tahun dulu kepada kekasih gelap on December 31, 2011 by sekamarrindu2009

VIVAnews – Sepasang suami-isteri dari Itali akan menjadi pasangan bercerai tertua di dunia. Suami yang berusia 99 tahun berniat menceraikan isterinya 96 tahun, yang mengaku pernah curang pada tahun 1940-an.

Lelaki Itali yang dikenali sebagai Antonio C membongkar peti lama dan menemui surat-surat milik isterinya beberapa hari sebelum Natal. Meskipun pengkhianatan itu telah berlangsung lebih dari 50 tahun lalu, ia merasa sangat marah. Tanpa berfikir panjang, lelaki ini langsung mengajukan ugatan cerai pada isteri yang telah dinikahi selama 77 tahun.

Menurut dokumen pengadilan Rom yang dikutip dari Telegraph, Rosa C yang mengakui kesalahannya di masa lalu berusaha memuujuk suaminya untuk mempertimbangkan kembali keputusannya. Dalam surat yang ditemukan, Rosa menulis surat kepada kekasih gelapnya pada tahun 1940-an.

Pasangan ini kini bersiap menghadapi perpisahan setelah hampir selama lapan dekad hidup bersama. Selama menikah pasangan suami isteri ini memiliki lima anak, 12 cucu, dan satu orang cicit.

Pasangan ini bertemu pada 1930-an. Ketika itu Antonio adalah seorang askar Carabinierin muda yang datang ke Napoli, tempat lahir isterinya.

Pasangan bercerai tertua sebelumnya adalah pasangan Bertie dan Jessie Wood, keduanya berusia 98 tahun asal Inggeris. Mereka menikah di Elstree, Hertfordshire pada 1972 dan berpisah pada 2009 setelah menikah selama 36 tahun. (hp).

p/s:…hati suami mana yang tak rasa kecewa bila dapat tahu isteri sendiri curang…walaupun 500 tahun sekalipun…!

Advertisements