Archive for the Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian Category

>Pasangan berkahwin berbogel untuk jimat kos pakaian

Posted in Pasangan berkahwin berbogel jimat kos pakaian on April 16, 2011 by sekamarrindu2009

>

MELANIE SCHACHNER (dua dari kanan) dan Rene Schachner (dua dari kiri) bergambar dalam keadaan bogel di Feldkirchen, Austria baru-baru ini

FELDKIRCHEN, Austria – Satu pasangan di sini berkahwin dalam keadaan bogel manakala para tetamu lain memakai pakaian, lapor sebuah akhbar semalam.

Pasangan itu, Melanie Schachner, 26, dan Rene Schachner memilih untuk berbogel bagi menjadikan majlis perkahwinan mereka sebagai sesuatu yang boleh diingati buat selama-lamanya.

Melanie berkata: “Kami tidak malu mengenai tubuh kami dan kami mahu melakukan sesuatu yang berlainan. Ia pastinya akan menyelamatkan kos pakaian perkahwinan kami.”

Dalam majlis itu, seorang pendaftar perkahwinan yang memakai pakaian menyaksikan pasangan berkenaan membaca ikrar perkahwinan.- Agensi

sumber: kosmo 16hb April 2011