Archive for the Pasangan kekasih beraksi panas Category

Pasangan kekasih beraksi panas pecut kereta takut ditahan penguat kuasa JAWI

Posted in Pasangan kekasih beraksi panas on August 6, 2011 by sekamarrindu2009

PENGUAT KUASA JAWI mengambil keterangan seorang wanita (kanan) yang ditahan kerana berkelakuan kurang sopan bersama teman lelakinya di Jambatan Seri Gemilang berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya.( 4/8/2011)


PUTRAJAYA: Sepasang kekasih yang terdesak mahu mengelak dicekup pihak berkuasa kerana melakukan pelbagai aksi memberahikan dalam kereta, menggunakan helah ‘takut disamun’ sebagai alasan melarikan diri dengan memandu kereta secara melulu.

Lelaki berusia 25 tahun itu dan teman wanitanya, 23, itu bagaimanapun gagal meloloskan diri apabila dipintas kenderaan penguat kuasa Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) walaupun cuba memandu ala aksi ‘drift’ seperti adegan filem, termasuk memasuki arah bertentangan di laluan sehala di Persiaran Perdana, Presint 4.

Sumber berkata, pasangan yang ditahan kira-kira jam 1 pagi Sabtu lalu itu memberi pelbagai alasan dan berkeras menafikan mereka berkelakuan sumbang atau melakukan aksi ‘panas’ dalam kereta diletakkan di Jambatan Seri Gemilang berhampiran Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), di sini.

Malah, pada mulanya lelaki terbabit mendakwa dia dan teman wanitanya melarikan diri kerana terlalu panik dan menyangka kenderaan pelbagai guna (MPV) penguat kuasa JAWI Putrajaya yang menghampiri kereta mereka adalah milik ‘penyamun’.

Teman wanitanya, yang dipercayai bekerja di sebuah agensi kerajaan, berpura-pura menangis dan mendakwa mereka tidak melakukan sebarang perbuatan sumbang kerana dia masih berpakaian lengkap.

“Bagaimanapun, tembelang pasangan terbabit pecah apabila lelaki berkenaan mengaku mereka sebenarnya bertindak nekad memecut keretanya kerana takut ditahan anggota penguat kuasa JAWI.
“Lelaki itu turut mengakui bahawa dia ada melakukan pelbagai aksi ‘panas’ termasuk memeluk dan mencium pipi kekasihnya, sebelum menyedari kehadiran MPV milik JAWI di situ,” katanya ketika ditemui di sini, semalam.

Berikutan itu, sumber berkata, pihaknya mengeluarkan surat saman bagi mengarahkan pasangan itu hadir di pejabat JAWI Putrajaya untuk memberi keterangan mengikut Seksyen 29 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana disyaki melakukan perbuatan tidak senonoh di tempat awam.

Katanya, mereka juga boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 9 dan Seksyen 30 Akta Jenayah Syariah (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1997 kerana mengingkari arahan dan memberi keterangan palsu kepada anggota penguat kuasa JAWI.

Beliau berkata, mereka antara lima pasangan kekasih berusia antara 18 hingga 30 tahun yang ditahan dalam operasi mencegah maksiat sempena cuti hari minggu, membabitkan kira-kira 10 pegawai penguat kuasa JAWI cawangan Putrajaya.

“Operasi yang bermula jam 11 malam hingga 3 pagi Sabtu lalu, adalah antara usaha berterusan JAWI bagi membersihkan persekitaran Putrajaya terutama di kawasan Masjid Putra, Jambatan Seri Wawasan, Jabatan Seri Gemilang dan Stesen Putrajaya Sentral, daripada menjadi kancah gejala maksiat, termasuk pasangan berpelukan, bercumbu atau berkhalwat,” katanya.


p/s: sangat memalukan…!