Archive for the Pelajar Tingkatan. 1 liwat murid prasekolah Category

>Pelajar Tingkatan. 1 liwat murid prasekolah

Posted in Pelajar Tingkatan. 1 liwat murid prasekolah on July 2, 2011 by sekamarrindu2009

>

KANGAR – Seorang pelajar tingkatan satu ditahan polis kerana disyaki meliwat seorang kanak-kanak lelaki berusia enam tahun di sebuah pondok kosong di belakang rumah suspek di Kampung Bakong, Jejawi, kata Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Perlis, Supt Mohd Nashir Ya.

Beliau berkata, suspek yang merupakan pelajar sebuah sekolah menengah di Arau ditahan malam tadi selepas ibu kanak-kanak itu membuat laporan di Balai Polis Arau pada kira-kira 6.25 petang semalam.

Ibu kanak-kanak itu yang berumur 28 tahun dan yang bekerja sebagai tukang cuci membuat laporan itu selepas anaknya menceritakan kejadian itu dengan mengatakan bahawa suspek yang di panggil ”abang” melakukan perkara tidak senonoh terhadapnya, katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini hari ini. – Bernama

sumber: kosmo