Archive for the Penemuan Terkini Saintis Jepun: Darah Haid Boleh Mengubat Penyakit Jantung Manusia Category

Penemuan Terkini Saintis Jepun: Darah Haid Boleh Mengubat Penyakit Jantung Manusia

Posted in Penemuan Terkini Saintis Jepun: Darah Haid Boleh Mengubat Penyakit Jantung Manusia on August 3, 2011 by sekamarrindu2009

INILAH.COM– Sebuah kajian saintis terkini yang dilakukan oleh saintis di Universiti of Keio, Jepun telah menjelaskan, darah haid wanita boleh memberikan harapan baru bagi mengubati pesakit jantung.

Para ahli penyakit jantung dari Fakulti Kedoktoran Universiti Keio Jepun berhasil menemukan fakta menarik. Mereka berhasil mengembangkan sel-sel punca (stem cell) atau sel induk dari darah haid untuk mengubati gangguan jantung.

Berdasarkan pada kajian tersebut, saintis Jepun ini telah menggunakan sampel darah haid dari sembilan responden wanita. Sampel darah ini kemudian dikembangkan selama sekitar satu bulan di laboratorium universiti tersebut. Hasilnya sangat membanggakan.

Awalnya, sekitar 20% sel-sel mulai saling menyerang secara spontan setelah tiga hari dikumpulkan dalam kultur in vitro bersama sel-sel dari jantung tikus. Sel-sel darah haid ini akhirnya membentuk lembaran jaringan mirip jaringan otot jantung.

“Rata-rata berjayanya kajian ini 100 kali lebih tinggi dibanding 0,2 hingga 0,3 peratus sel punca yang diambil dari tulang manusia,” ujar salah seorang ilmuwan, Shunichiro Miyoshi.

Hasil penelitian, lanjut Miyoshi, menunjukkan bahawa seekor tikus yang mengalami serangan jantung ternyata membaik keadaannya setelah menerima sel-sel yang dihasilkan dari darah haid.

“Dalam waktu dekat, mungkin akan tercipta sebuah sistem yang akan memudahkan para wanita menggunakannya untuk pengubatan mereka sendiri,” jelasnya.

Miyoshi menjelaskan, dengan menggunakan darah dari tubuh sendiri akan dapat memecahkan masalah besar dari penggunaan sel-sel ini, iaitu sistem kekebalan tubuh yang seringkali menolak kehadiran sel.

“Darah haid dapat digunakan untuk membangun persediaan dari sel-sel yang memiliki keragaman protein pengenal kesesuaian jaringan atau human leukocyte antigen (HLA), yang juga bahagian penting dari sistem kekebalan tubuh manusia,” jelasnya.

“Sel-sel ini dapat disimpan untuk waktu lama di dalam sebuah tabung seukuran jari tangan, dan dapat pula dikembangkan sesuai keperluan,” tegasnya.

Sel punca dipertimbangkan sebagai kunci kerana sel ini dapat dikembangkan menjadi berbagai jenis sel. Sel punca juga berpotensi besar membantu memperbaiki sel-sel yang rosak, jaringan, bahkan organ tubuh sekalipun.

Dalam pengertian yang tepat, lanjut Miyoshi, sel-sel ikat atau penghubung tersebut yang dipanen dari darah haid atau menstruasi, tidak bisa otomoatis disebut sel-sel induk (sel punca) yang bisa berubah menjadi beragam tipe sel di dalam tubuh.

“Tetapi, mereka memiliki potensi yang tinggi untuk berkembang menjadi sel otot, dengan mengarahkan darah secara tepat pada waktu dipakai untuk mengubati penyakit di dalam otot-otot yang menyusut,” katanya

credit for borak kosong