Archive for the pengalaman…..jatuh katil.. Category

pengalaman jatuh katil dalam kereta api…..

Posted in pengalaman.....jatuh katil.. on May 23, 2010 by sekamarrindu2009

oooooyey…apa khabar sahabat-sahabat saya ari ni..ari ni saya nak cete la sikit pasal kenangan masa naik kete api.. naik kereta api..! kisahnya berlaku awal tahun 2008, ada la beberapa kawan nak ikut saya balik ke kelate, cikgu aziz, cikgu, esma ( yang meninggal 16 april 2010 yang lalu) dan saya. Namun, kawan saya, cikgu aziz tu mencadangkan untuk menggunakan perkhidmatan kete api, saja, tak mahu naik kete, nak rasa pengalaman naik kete api, katanya…

buat pengetahuan semua, kami bertiga ni lum besa naik kete api, yalah ..kan terasa sangat rugi juga, kalau rasakan pengalaman menaiki kete api, dengar cete, kereta pi la ni dah moden dah, tak cm dulu, berebut-rebut sampai naik kot tingkap, nak dapatkan tempat duduk…skrg dah ada ekon, dan sangat selesa dah…
Awal cuti sekolah tahun 2008, spt yg dirancang, kami pun naik lah di stesyen kete api di sbn. tu..dgn membeli tiket tempat tidur..wah….tempat tidur tu.., saya di katil atas, dan cikgu esma katil di bawah saya, dan cikgu aziz juga di katil bahagian atas, sebelah katil saya saja….huhuhu..

Memang best..naik kete api ni.. sejam lebih kurang perjalnan malam tu, maka sampai lah kete api tu di stesyen Gemas., di sini kete api akan berhenti lebih kurang dalam 1 jam untuk proses pertukaran kepala kete api.. sempat lah kami turun untuk membeli apa yang patut..sebagai bekalan semasa berada di atas katil...
masa terus berlalu, dan aku tak perasan bila mata saya terpejam dan sedar-sedar bila ada satu peristiwa yang sangat mengejutkan…
“Man….,man….Aziz jatuh katil…” kata cikgu esma, mengejutkan saya,
Aku yang terkejut dan tersentak..bangun…
” apa dia???” tanya saya lagi.”

” aziz jatuh katil…” ulangnya…”
” laaaa…… ya ke?”. Aku dengan cepat menyelak tabir katil melihatnya..”
” Aziz……kau jatuh katil nape laaa pulak…..” kata saya yang masih agak terkejut…
” tadi aku, nak ke tandas, balik dari tandas ni nak panjat tangga katil ni laaa.., licin..lagipun pakai stokin, licin la..tanga ni kan besi…” kata Aziz..

” masa nak naik tu la aku jatuh..dan tersemban di katil katil bawah ni…bukan jatuh katil atas ke bawah laaaaaa..” kata Aziz. sambil.
Aku dengan berhati-hati turun dari katil pergi ke bawah untuk melihat keadaan kawan saya tu. Keadaannya tidak apa, apa cuma masih terkejut.

Aku lihat Esma, tergelak dan saya pun tak dapat menahan untuk gelak.. sangat memalukan..ishhh… kesian pada pakcik, yang berada di katil bawah, kawan saya jatuh menimpa pakcik tu..
Perjalanan masih jauh, lagi jam di tangan menunjukkan pukul 1.30 pagi, bunyi bising gerabak kereta api dah membuatkan saya dah tak lena dah untuk tidur…masih tergelak kecil mengenangkan peristiwa yang berlaku tadi…ishh…memalukan.. betul..
Saya pun tak tahu, apa sebabnya tiba-tiba saja kete api tu stop dengan tiba-tiba..lampu-lampu di dalam koc saya pun padam..gelap gelita…ish… nape pulak ni….suasana di dalam koc saya yang tadinya sejuk dengan ekon, sekarang dah mula panas…ekon dan tak berfungsi dah.bila engin kete api berhenti tiba-tiba..
” Jis.., esma,…..bangun…kete api masalah ni..!” saya memanggil member saya ni..

“Eh….gelap gelita ni…alalai…kenapa la pulak…”

“Man.. turunlah panas ni…” kata cikgu aziz yang dah turun dah tak boleh dok dalam ni nih..”

“Ya..ya lah.,…aku nak turun la ni..” kata saya selamba.. kedengaran juga suara-suara penumpang yang lain yang merungut hal yang sama ..pelbagai persoalan bermain di ingatan..”
Dalam kegelapan yang agak cemas tu, saya turun dengan sempoi je… entah macam mana, saya pulak yang tergelincir ..gedubuk jatuh betul-betul di kaki kawan saya..cikgu aziz… Aduh..sakitnya tangan saya masa tu.. Biasalah dah jatuh tu.cepat2 la bangun, nasib baik.suasananya gelap.tak nampak..kalau tak malu la..ishhhhh..

Saya, aziz, dan esma, apa lagi buka pintu koc dan terus keluar dari kete api, dan baru lah kami tahu, sekarang ni baru berada di Merapoh, dekat Kuala Lipis.. Ya Allah…jauhnya lagi ni… Semua penumpang turun dan berada di satu tempat yang lapang, mana mungkin berada terkurung dalam koc tu…
Dari jam 2.00 pagi hingga 4 .00 pagi kami tersadai di Merapoh..pukul 4.40 pagi lebih kurang, baru maslah ketetapi ini berjaya diselesaikan, alhamdulillah.. berjaya juga. wp berjaya maslah ini selesai, namun masalah ekon tak selesai jugak..panas la jugak..sehingga kami bertiga terpaksa buka baju..hehehe..

Sepatutnya, dijangka sampai ke Wakaf Baru, Kota Bharu jam 8.00 pagi, oleh kerana masalah ini, kami lewat tiba dan sampai ke Pasir Mas, jam 1.00 petang. ( terpaksa turun di P.Mas sebab dah tak tahan dah dok lama dalam koc.. tu.)
Itulah pengalaman yang agak memcabar apabila menaiki kete api.. nak kata sedih tu tak tahu lah…mcm dah serik dah nak naik kete api ni….. Yang agak manis tu mungkin la pada aziz, di dalam kete api tu lah sempat berkenalan dengan seseorang, dan dari perkenalan itulah sehingga membawa mereka ke jinjng pelamin..wah..cinta kete api laaaa…..moga bahagia la kau Jissss..

Itulah serba sedikit kisah saya dengan rakan-rakan saya..dalam perjalanan dalam kete api…tapi memang diakui, naik kete api..memang best…best sangat…wp ada kes-kes yang macm gitu..mungkin kes-kes yang terpencil saja kini…..
p/s: jom….naik kete api…:)