Archive for the Pengalaman paling pahit..tersilap rumah kenduri kahwin. Category

>Pengalaman paling pahit..tersilap rumah kenduri kahwin…

Posted in Pengalaman paling pahit..tersilap rumah kenduri kahwin. on March 31, 2011 by sekamarrindu2009

>

tersalah pergi makan kenduri adalah pengalaman yg paling tak dapat saya lupakan hingga ke hari ini….malu bukan kepalang…pendek kata merah la muka menahan malu..
kisahnya bermula..apabila seorang rakan guru mempelawa saya hadir ke tempat kenduri kawan lamaya di Tampin, Negeri Sembilan setahun lebih yang lalu..
saya kesian kerana jarak Seremban ke Tampin, melebihi 26km, eloklah saya temaninya..
nak jadikan cerita…..
dalam perjalanan ke Tampin, beliau menyatakan dengan yakin, tahu lokasinya…saya ikut saja..sebab ini bukannya kwan saya..
40 minit memandu, maka sampailah di sebuah taman perumahan di Tampin,..
” betul ke sini ni….” tanya ku…
” ala..cuba tengok2 kan papan tanda di sekitar jalan ni..kot-kot ada..” kata kawan saya..
10 minit mencari maka terjumpalah.. tempat yang dituju.. apa lagi..kebetulan orang yang datang masih belum ramai…perut pun tengah lapar…
terus masuk ke khemah, dan mengambil makanan…..dan makan..
” best betul laa lauk..kan….” tiba-tiba kawan bersuara..
saya hanya diam, saja…. malas nak layan…orang dok tengah makan, kwn saya tu lak dok tanya mcm-macam..
Lepas makan, adalah pelayan datang membawa cenderahati buat saya dan kawan saya…..mcm biasa.mcm tempat2 lain juga…
tiba-tiba saya bertanya..”
” Ziz, mana kawan kao nya??” tanya aku..
” entahlah…aku pun tak nampak, yang peliknya…mana kawan-kawan yang lain ni?? takkan tak sampai2 lagi..” kataku.
sebenarnya beberapa kawan lain tu dah bertolak awal sikit daripada saya…
“untuk kepastian saya call kawan saya…”
” kau kat mana ni..? lambat nya sampai..” kataku..
” kat mana apa nyaa… makan kenduri laaa..” jelas kawan saya tu..
” tak nampak pun.., mana?”
“Alamakkkkk…dah tersilap rumah laa.. [ pada masa tu, ada 2 kenduri ada di tempat yang berhampiran…”
Tiba-tiba datang pakcik ke meja tempat saya dan kawan makan..
” encik berdua ni, di pihak pengantin lelaki ke..?”
“….pakcik…sebenarnya saya tersilap makan kenduri, nak pergi kenduri rumah kawan saya, cikgu Azizul,” jelas kawan saya tu..
” ooo..cikgu Azizul?…depan lagi rumahnya….. tak apa2.. makan-makan..tak ada masalah….
kulihat pakcik tu mcm senyum2…..aduuuh….malunyyyaaaaaa..!
selepas meminta maaf, dan menghulurkan wang, saya apa lagi terus blahh laaaaaa…nak tunggu apa lagi…
adusssssss…memang memalukan..!!!!…bila ingat peristiwa ini..saya pasti tersenyum …
p/s: Moral..: Mcm nilah yang berlaku apabila lokasi kenduri ada 2 tempat -pada hari, tarikh, masa yang sama….dan yang datang pulak…time tengah lapar….”

akibat peristiwa ini…..saya sejujrnya sangat rasa malu…! nasib baik hadiah belum bagi lagi..kalau tak tak tahu laaaaaa…:))

Advertisements