Archive for the pengalaman… Category

Kisah Pengantin Lelaki Panjat Tingkap…..

Posted in pengalaman... on May 4, 2010 by sekamarrindu2009

Sape yang tak happy bila kawan baik saya akhirnya bertemu jodoh dengan pasangannya. Selama ni semuanya hanya separuh jalan saja..bercinta dua tiga bulan, akhirnya putus di tengah jalan, namun kali ini, alhamdulillah, dapat juga bertemu jodoh dengan gadis pilihan hatinya. Bakal calon isterinya orang Melaka dan kawan saya ini orang Seremban, dan mengajar satu sekolah dengan saya.

Kami bertolak dari Seremban ke Merlimau, Melaka untuk sama-sama meraikan pengantin lelaki yang juga sahabat baik saya dan rakan-rakan yang lain. Perjalanan saya memandu kereta pun tak lah lama sangat pun, kira-kira 1 jam lebih sampai lah di masjid di Merlimau di mana, tempat majlis akad nikah dirancangkan.

“Yie..( cikgu Shukri)..masa nak akad nikah tu..jawab biar jelas..dan terang..jangan gelabah” kata aku yg terus memberi semangat serta motivasi sikit hehe..Sebagai kawan yang baik, kata-kata semangat sangat penting ..agar semuanya berjalan lancar..
“man…aku ni gementar la….kan tok imam tu tanya mcm-mcm kan..aku tak leh nak jawab..buat malu..” kata sahabat saya, kira-kira 30 minit sebelum majlis akad nikah berlangsung,..”
releks..jangalah takut…semua akan mengalami hal ini. jawb dengan tenang..” sambil kawan2 yang lain juga turut memberi semangat.”
Saat yang ditunggu-tunggu telah pun tiba, dengan sekali lafaz, saja, kawan saya tu sah bergelar suami kepada Cikgu Nor Diana..alhamdulillah..semua berjalan lancar, walau bagaimanapun masih ada rasa pucat di raut wajahnya..
Di rumah Pengantin Perempuan:
Selesai upacara akad nikah, saya bersama rakan-rakan dan pengantin lelaki terus beredar untuk ke rumah pengantin perempuan, yang tidak jauh dari masjid untuk majlis bersanding. Aku seperti biasa merupakan pengapit pengantin lelaki, secara peribadi merasa sangat bersyukur kerana, akhirnya majlis ini berjalan lancar..alhamdulillah..
Majlis Persandingan pun masih berjalan lancar, tak putus-putus saudara mara, rakan taulan hadir menepung tawar kedua-dua mempelai. semua mengucapkan rasa gembira…semuanya gembiralah..senang cerita..
Namun, ada satu cerita selepas semuanya selesai…satu peristiwa yang jarang-jarang berlaku…heheh. peristiwa ini terjadi saat kami dah nak balik Seremban.Aku dimaklumkan oleh pengantin lelaki yang bilik pengantin terkunci dari dalam, dan anak kuncinya terjatuh di dalam bilik, entah mcm mana boleh berlaku hal ini, saya pun tidak pasti. namun tidak ramai yg menyedarinya kecuali aku saja.
“.man….masalah betul..bilik pengantin terkunci belah dalam laaa..sekarang dah tak leh buka..” kata sahabat saya..”
aku yang terkejut, bluur..
kenapa la pulak ni…..” kata ku sambil tersenyum simpul…hehehehe..

Diana lak bagitahu..anak kunci pintu bilik terjatuh sebelah dalam.. masa kak nya masuk tadi untuk mengambil gambar bilik pengantin tu..

” kau kena tolong aku man…” katanya ringaks..
Nak suruh aku buat apa? Nak suruh aku pecahkan pintu bilik pengantin kau tu ker?”

” Kau ni…..kalau pecahkan pintu bilik..abis aku.mcm mana? Tak kan bilik pengantin pintu lak tak de..malu la aku…..tolong2 cari idea..”

Aku yang nada berseloroh dan tiba-tiba terkeluar kata-kata..

” satu jalan je, aku nampak.., kau panjat tingkap tu..buka dari dalam..dan aku fikir ok tu.” kata aku yang cuba membantu..
Oleh kerana tingkap bilik pengantin terletak di ruang agak tersorok di belakang rumah, jadi tak lah ramai yg menyedari, dengan dibantu oleh aku, yang agak kuat ni, terus menampung kawan saya yang juga pengantin baru..memaut pada tingkap bilik pengantin..dan akhirnya berjaya..
Walaupun sangkaan aku tak ramai yg perasaaan, tetapi memang ada yang mengetahuinya peristiwa ini..dan mereka ketawa berdekah-dekah..termasuk aku pun…

Dari jauh ada suara2 nakal yang boleh aku dengar..

” alahai….belum apa-apa lagi pengantin dah panjat tingkap ke..?”

kesian..pengantin lelaki tu..”
dan macam-macam lagilah…dan peristiwa ini sangat mencuit rasa..sungguh melucukan dan akan bagi pasangan pengantin lelaki dan perempuan lagi laaa..mesti tidak lupa hal ini. Peristiwa ini berlaku pada tahun lepas dan sehingga kini saya masih teringat…..
Nota:
Maafkan saya cete hal ni….sebenarnya tahun lepas lagi den nak cete….
tapi tak sempat…
**” demi sahabat sakit tangan aku..ampu tubuh kau…tapi tak mengapa..”
Advertisements