Archive for the Polis Jerman Keluarkan Waran Tangkap Kepada Kambing Kerana Mengganggu Lalu Lintas. Category

>Polis Jerman Keluarkan Waran Tangkap Kepada Kambing Kerana Mengganggu Lalu Lintas…

Posted in Polis Jerman Keluarkan Waran Tangkap Kepada Kambing Kerana Mengganggu Lalu Lintas. on April 4, 2011 by sekamarrindu2009

>

Seorang polis di Jerman menangkap dan memenjarakan seekor kambing. Kambing bernama Billy The Kid, seperti nama penjahat terkenal Amerika Syarikat di masa lalu, terpaksa di tahan di dalam penjara atas tuduhan mengganggu lalu lintas. Billy ditangkap setelah berdiri di tengah jalan raya yang sedang sibuk di Kota Bremen.

Kambing “usil” tersebut cuba membuat kecoh kepada polis serta orang ramai yang berusaha menangkapnya. Hasil “kejar mengejar” antara kambing dengan polis membuat keadaan lalu lintas di Bremen semakin huru hara.

Setelah 3 jam bertungkus lumus, polis akhirnya berhasil menangkap kambing tersebut setelah beberapa orang polis lagi dikerahkan untuk membantu. Setelah melakukan penangkapan, polis berusaha keras mencari siapa pemilik haiwan tersebut. Meskipun di telinga kambing terdapat penanda pemilik, polis gagal mengembalikan kambing tersebut kepada tuannya.

Polisi akhirnya memutuskan memasukkan kambing ke penjara dengan waran tangkap dikeluarkan . Ketika ini haiwan tersebut masih dijaga seorang polis wanita di penjara. Bukan hanya mendapat tempat baru, kambing ini juga mendapatkan makanan seperti roti dan air.

Sumber: (faj)(jri)-Fajar Nugraha – Okezone.com /Dunix

p/s……..kalau buat kat Malaysia mcm mana??.. bukan saja kambing, malah lembu dan kerbau pun banyak yg masuk penjara…!