Archive for the politik Category

Pilihanraya P.94.Hulu Selangor. Siapa yang akan menang?

Posted in politik on April 25, 2010 by sekamarrindu2009

Satu perkara yang penting berlaku dalam negara kita pada hari ini, 25hb April 2010, ialah Pilihanraya Kecil bagi Parlimen Hulu Selangor P.94 di antara Calon Keadilan Rakyat, Datuk Hj.Zaid Ibrahim dengan Calon Barisan Nasional, P. Kamalanathan.
Butiran pengundi :

Jumalh Pengundi : 64,500

Melayu – 34,020 ( 527%)
Cina – 16,964 ( 26.3%)
India – 12,453 ( 19.3%)
orang Asli ( 1000)
Menurut Kajian Zenturm Future Studies Malaysia, mengenai Kajian Mikro Persepsi Kepercayaan Politik setakat semalam, menunjukkan Calon Pakatan Rakyat, iaitu Datuk Hj.Zaid Ibrahim mendahului dengan sokongan 51.7% berbanding calon BN P.Kamalanathan, yang hanya mendapat 48.3%.

Zentrum yang diketuai pengasas dan presidennya, yang juga Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media Prof.Madya Dr. Abu Hassan Hasbullah, dari Universiti Malaya mengumpulkan data secara harian kerana ia merasakan perubahan tertentu boleh mempengaruhi sentimen pengundi.

Walau apapun, keputusan rasmi sama ada calon PKR ataupun BN, yang akan memenangi akan diketahui selewat-lewatnya pada pukul 10.00 malam ini.

Sama-sama kita tunggu akan keputusannya..