Archive for the Rakyat Venezuela dilarang nyanyi di bilik mandi Category

>Rakyat Venezuela dilarang nyanyi di bilik mandi

Posted in Rakyat Venezuela dilarang nyanyi di bilik mandi on March 10, 2011 by sekamarrindu2009

>

Rakyat Venezuela baru-baru ini disuruh untuk berhenti menyanyi sewaktu mandi di bawah pancuran air.Suruhan ini dikeluarkan secara peribadi oleh presiden, Hugo Chavez.

Seiring situasi negara yang sedang mengalami kesulitan air bersih yang kronik dan krisis tenaga, presiden Chavez menyuruh warganya untuk memendekkan waktu yang mereka habiskan di bilk mandi.

“Beberapa orang dapat menghabiskan waktu lebih dari setengah jam berada di bawah pancuran air,” katanya dalam mesyuarat kabinet yang disiarkan melalui salah satu stesen televisyen, dan dilaporkan Daily Mail.

Dia kemudian mengatakan bahawa ketika ini dia sedang memimpin satu pasukan untuk memerangi pembaziran tenaga.

“Saya tidak bergurau” tegasnya, “3 minit sudah lebih dari cukup untuk mandi. Saya sudah menghitung waktu mandi saya hanya 3 minit dan saya sama sekali tak bau.”

Peningkatan permintaan dan kurangnya pelabur telahmembuat bekalan eletrik terputus dalam keadaan yang serius di Venezuela beberapa bulan terakhir. Situasi ini dipengaruhi oleh curah hujan yang rendah sehingga mempengaruhi takungan hidroelektrik yang menjadi penjana elektrik utama untuk negara tersebut.

Sebagai informasi, Presiden Chavez telah mengumumkan langkah-langkah untuk mengurangi penggunaan tenaga yakni dengan memerintahkan kementerian pemerintah dan perusahaan untuk mengurangi penggunaan tenaga sebanyak 20 peratus.

sumber: klik sini
ps/: di malaysia ada ke yg dok nyanyi dalam bilik air ..??

Advertisements