Archive for the remaja dan seks Category

>remaja Jepun kurang minat dengan seks.. bagaimana dengan remaja Melayu kita..??

Posted in remaja dan seks on January 15, 2011 by sekamarrindu2009

>

Benarkah golongan muda tidak minat seks? satu hasil kajian oleh Kerajaan Jepun dan disiarkan oleh akhbar Kosmo! hari ini 15hb Januari 2011, mendapati golongan lelaki muda di negara tersebut tidak berminat dengan seks. Kaji selidik berkenaan mendapati 36.1 peratus golongan lelaki muda di Jepun yang berumur 16 hingga 19 tahun menyatakan mereka tidak berminat atau membenci seks.

Pada masa yang sama kaji selidik tersebut mendapati lebih 40 peratus pasangan yang sudah berkahwin tidak mengadakan hubungan seks lebih dari sebulan. Kerajaan Jepun melihat perkara tersebut sebagai satu ancaman kepada negara berikutan negara matahari terbit itu sudahpun mengalami masalah kadar kelahiran yang rendah. Kerajaan Jepun juga dikatakan perlu melakukan sesuatu untuk mengatasi perkara tersebut.

Satu hasil kajian yang unik dari negara Jepun. Kajian tersebut mungkin akan menjadi lebih menarik sekiranya disertakan juga sebab atau kenapa golongan lelaki muda di negara berkenaan tidak berminat atau membenci seks.

Kenapa agaknya budak-budak kat sana tak minat dengan seks? walaupun peratusannya 36.1 peratus, ianya menunjukkan 3 dari 10 remaja yang ditanya tidak minat dengan seks.

Bagaimana pula situasi di negara ini? adakah golongan muda di negara ini terutamanya yang berumur 16 hingga 19 tahun juga tidak minat seks?….keliru jugak nak jawab ni.

Nampaknya kena buat kajian komprehensif jugak ni, atau mungkinkah tajuk atau kajian permasalahan kajian perlu dipinda kepada kenapa golongan muda di negara ini ‘terlebih minat’ seks?

Advertisements