Archive for the rindu ayah Category

air mataku tumpah pagi ini….

Posted in rindu ayah on December 4, 2010 by sekamarrindu2009

bila ku memandang wajah ayah ku hari ni ini.. hati jadi sedih, sejak ayah diserang strok hampir 2 tahun yang lalu segala urusan kerja sudah tidak boleh dilakukan..
melihat wajah ayah… terpancar kasih sayang yang sangat mulia..segala pengorbanannya, displinya menjadikan aku menjadi “orang” kini…
sejak ibu pergi buat selama-lamanya dijemput Ilahi, ayah begitu sedih, setiap pagi Jumaat, pasti ayah akan ke pusara ibu untuk sedekahkan surah yassin buat ibu… cinta dan kasih sayang ayah buat awrah ibu, sangat tulus dan suci, sesuci embun pagi.. ayah boleh berkahwin lain jika dia mahu, tapi cinta ayah pada awrah ibu sangat sejati..ku sangat tersentuh pagi ini bila dia menyebut
‘ man…lihat wajahmu..teringat ayah pada mak kamu..” kata ayah.. hatiku tersentuh, sebak, ku tahan agar air mata ini tidak jatuh..tapi aku gagal…tumpah juga.
aku dengan lembut memeluk ayah..tubuhnya yang dulu berisi, kini dah susut…tubuhnya yang dulu sasa kini sangat susut dan lemah.. semoga allah swt memberi rahmat pada ayahku sembuhkanlah penyakit dia..dan cucurilah roh ibu ku, dan tempatkanlah bersama orang2 yang beriman…al-fatihah..
kini aku, ayah dan abang saja yang tinggal akan bergilir menjaga ayah..

……..

Advertisements