Archive for the rindu kamu… Category

rindu

Posted in rindu kamu... on June 28, 2010 by sekamarrindu2009

hidup adalah pelayaran……

saat ku dayung sampan penuh harapan…
dalam kepayahan menyusur ke tepian..
hajat ingin ku raih seluruh lautan..

desiran bayu janjikan kedamaian..
namun badai menghempas sampan..
ku tersedar dalam kebimbangan..

dalam pelayaran ku hayati damainya lautan..
ku pasti pelayaran tak akan karam..
ombak menguak dengan senyuman..
isyarat dan tanda cinta berkekalan…


p/s: biar gelombang sebesar mana pun…akan ku tempohi dengan sabar….

syair about "tension.."

Posted in rindu kamu... on May 24, 2010 by sekamarrindu2009

nina..memandang wajah mu yg comel..cikgu hilang rasa tension…

the moment you are in tension….
you will lose your attention..
then you are in total confusion..
and you will feel irritation..
this may spoil your personal relation..
may be you won’t get cooperation..
and get things into complication..
then your BP may be raise caution..
and you may have to take medication..
why not try understanding the situation?
and try to think about the solution..
many problems will be solved by discussion..
which will work out better in your profession..
don’t think it’s my free suggestion..
it’s is only for your prevention..
if you understanding my intention..
you’ll never come again into tension…..
p/s: happy hari ni……terima kasih….membuat hari2 ku sangat indah….

Dairi Hari Jumaat ku..

Posted in rindu kamu... on April 2, 2010 by sekamarrindu2009

salam…Jumaat semua..,


lepas solat jumaat tadi,ku sempat terlelap sekejap, .dapat terlelap beberapa minit segarkan minda cukup memadai padaku…setelah banyak tugasan yg perlu diselesaikan di sekolah hari ini. sampai saja di sekolah, YDP PIBG sudah pun berada di sekolah, untuk mengambil beberapa surat permohonon sumbangan daripada wakil-wakil rakyat, bagi menampung tabung PIBG yang semakin susut tu. PIBG adalah tulang belakang sekolah, tanpa bantuan PIBG, pastinya aktiviti sekolah tidak dapat dijalankan dengan sempurna, sebabnya sekolah mana ada duit..YDP, NYDP, dan bertungkus lumus memikirkan bagaimana nak cari duit..

selesai urusan dengan YDP, terpaksa pula uruskan beberapa surat yang melibatkan ko-kurikulum, edarkan untuk tindakan guru-guru yang berkenaan, dalam pengagihan surat-surat ini perlu telus dan kemahiran komunikasi berkesan sangat perlu..mana-mana guru yang ada masalah, selesaikan antara saya dengan guru-guru berkenaan saja, tak akan dibawa kepada gb, kecuali betul-betul perlu saja..

selepas selesai hal surat menyurat, perut terasa lapar, dah berkeroncong..jadi singgah di kantin untuk sarapan, menu ari ni nasi goreng, nasi lemak dan nasi campur, bercadang nak sarapan pagi, tiba-tiba pelajar datang bagitahu, ada taklimat di guru besar, datang segera, katanya. Hanya sempat minum air kosong, saya berlalu meninggalkan kantin dan terus di pejabat guru besar.

Di dalam bilik guru besar memaklumkan PPD baru sahaja menelefon beliau, dan meaklumkan seorang guru di sekolah ini akan ditukarkan untuk mengajar di sekolah lain..Senang betul ditukarkan ke sekolah lain.., “kenapa saya tak ditarik cikgu?”.saya bertanya pada gb.. gb hanya memandang dan merenung tepat di mata saya, dan saya faham maksudnya..

Masa berlalu….pukul 9.40-10.40 pagi, hari ini Science Year 5, saya masih lagi di bilik gb. untuk membincangkan pelbagai perkara yang berkaitan dengan pemantauan PPD minggu lepas. Semua komen-komen yg PPD senaraikan perlu diberi taklimat kepada semua guru..dan gb mengarahkan saya menyampaikan taklimat tersebut kerana semasa PPD datang memantau, saya adalah guru yg bertanggungjawab pada hari tersebut setelah gb, gpk1, tiada di sekolah kerana mesyuarat dan beberapa urusan lain. Saya akan mengambil t/jawab itu dengan senang hati., apa yg diarahkan oleh gb, saya akan ikut tanpa banyak soal..

Masuk ke kelas, edarkan beberapa lembaran kerja, untuk murid-murid siapkan, dan saya kembali ke bilik gerakan untuk menyampaikan taklimat seperti yang diarahkan. Secara jujurnya, pelabagi komen yang diberikan ( biasalah tu..), tetapi, dalam soal ko-kurikulum, satu pun tidak dikomen, ( mereka tak tengok ke fail2 saya??)

habis taklimat pukul 11.00 pagi ( 10.00-11.00pagi), masuk ke bilik saya,untuk mencetak berberapa surat kebenaran yang perlu diagihkan kepada murid hari ini, kerana minggu depan terdapat pelbagai aktiviti ko-kurikulum yg melibatkan murid. .tanpa tandatangan ibu bapa mana mungkin murid2 tersebut boleh dibawa oleh guru.

Bila murid dibawa keluar…sebagai gpk koko, saya terpaksa memikirkan kos makanan mereka pula, perlu sediakan bajet dan diserahkan kepada gb untuk kelulusan. peruntukan dari KPM yang berjumlah RM 1500, itulah digunakan.

Hari ini kerja semuanya selesai…cuma perut je belum selesai.. tepat jam 12. 15 pulang ke rumah.
p/s: apa khabr…?

rindu kamu….

Posted in rindu kamu... on March 23, 2010 by sekamarrindu2009

adakah kamu tahu..
yang ku lakukan ketika merindu.?

aku memeluk guling..
menyebut namamu..
ku pejam dalam diam..
air mata berderai..

sebelum ku tertido..
ku tarik jiwamu..
masuk ke dalam mimpiku.