Archive for the sakit dada……keperluan dapur. Category

sakit dada dan barang dapur……..

Posted in sakit dada......keperluan dapur. on March 18, 2010 by sekamarrindu2009

mamee tu penting masa tulis entri ..hehe

makanan yang dibeli, air soya mesti tak lupa…. maggi pun..mana tahu tengah-tengah malam lapar..

barang-barang yg dibeli.

dalam peti ais masih ada 2 kotak air soya..

ikan dan ayam ada lagi…..ais krim dan lain2…

Saya tak sedar pun malam tadi tidur pukul berapa.. sedar-sedar 6.15pagi, akibat terasa sakit dada yang teramat….mungkin akibat terlalu sejuk kerana 24jam berada di dalam bilik ini.. Walaupun berat, ku gagahi juga ke bilik air untuk ambil wuduk dan solat..namun sakit dada semakin terasa semasa rukuk, Ya Allah…sakitnya…namun beransur-ansur kurang 2 jam selepas itu…

Pukul 2.00 petang saya ke Klinik untuk dapatkan rawatan, dan doktor mengesahkan jatung saya tak apa-apa, alhamdulillah…risau juga kalau ada sakit jantung, doktor telah mengesahkan sakit dada saya tu bukan akibat daripada masalah jantung atau secara khususnya bukan berpunca dari penyakit jantung koronari. Selalunya penyakit jantung yang berpunca daripada jantung koronari, selalunya menyebabkan mati secara mengejut akibat oleh pengurangan atau tiada aliran darah yang membawa oksigen ke jantung. Tanpa oksigen yang cukup, otot jantung akan cedera atau mati. Jantung yang cedera atau mati mengakibatkan kematian…minta-minta Allah SWT jauhkan…..( lum kwin lagi ni..hehehe) Balik dari klinik singgah di pasar raya kejap, untuk beli barang-barang keperluan dapur, dah tak de gapo satu pun kat dapur tu…kering kontang..hehhhee.. tapi sebenarnya dalam peti ais ada lagi makanan basah spt ikan dan ayam tu…tapi malas nak masak tu laaa.. yg tak de makanan2 kering jee… beras pun dah tak de.. beli 10kg tu memang cukup untuk sehingga bulan 6 bulan nanti.. bulan September nu kang baru beli lagi…( lama tu…..)..

Kos untuk keprluan dapur saya tak lah mahalpun….lebih kurang RM 200 saja..tapi kos untuk makan di luar banyak jugak..lebih RM 600. sebulan.. Perbelanjaan lain sept berikut:-
Kos keperluan makan : RM 800.00
Kos bi elektrik : RM 200.00( lebih kurang)
Kos bil air : RM 100.00
kos2 lain minyak kete : RM 600.00
Insurans diri ( 3 insurans) : RM 600.00
Tabung haji : RM 150.00
Bagi kat ayah : RM 300.00
Kecemasan : RM ………………. ( tak yah nyatakan..)
semuanya : RM 2750……( lebih kurang…)