Archive for the sakit gigi.. Category

sakit gigi jangan dibuat main-main….memang sakit..

Posted in sakit gigi.. on April 15, 2010 by sekamarrindu2009


sakit gigi jangan buat main-main, memang sakit…tak dapat nak gambarkan betapa sakitnya ..hanya bila dah orang tu rasa sendiri..barulah dia tahu sakit gigi..

Hari ni aku sakit gigi..berdenyut-denyut sampai ke urat saraf otak, jantung dan sehingga ke urat denyutan nadi pun terasa… Jadi, bila dah rasa kurang sakit, petang ni terus pergi ke klinik di sini..hajat nak cabut gigi..

Dalam perjalanan ke klinik denyutan sakit gigi tu yang sebelum ini agak reda sakit.. tiba-tiba sakit semula.. aduh..nak drive macam mana ni…isssh.. terasa klinik spt jauh, walaupun sebenarnya tak lah jauh mana pun. mata rasa berpinar, pening kepala..mcm-mcm rasa..

15 minit sampai ke klinik.. dah ada 6 orang yg sedang menunggu..alamak… sabar menunggu ..yalah mahu tak mahu kena sabar jugalah..dah sakit…..sedang dok tunguu tiba-tiba datanglah seorang perempuan bersama 2 orang anaknya, dalam lingkungan 4 dan 5 tahun..

“Ya Allah..budak ni..buah telajak nya….dok main atas muka den..ke hulu ke hilir..aku tengah sakit gigi ni..” kata aku dalam hati.. Aku hanya lihat ibunya tak kata apa-apa pun.. Sabar..sabar…!

Aku terus menyandar ke kerusi sambil mata terpejam.menahan sakit..tiba-tiba sekali budak-budak ni bergurau dan dalam bergurau-gurau tu salah seorangnya terjelepuk atas riba aku…kalau ikutkan hati aku..mahu aku sekeh budak ni…aku sakit gigi ni. Aku lihat ibunya leka membaca surat khabr di meja di sebelah sudut kiri , mcm buat tak tahu jeee…

Lama sangat menunggu, aku sempat terlelap.. sehinggalah dikejutkan okeh suara amoi…

“..mahu tanya….kete sape yg bernombor…….tu?…saya mahu keluar..” dalam sedar tak sedar…alamak..tu kete aku..”..aku rasa dah ok parking tadi..

“tak ape..maaf ya..nanti saya alihkan…” kata aku yg terus berlalu terus keluar dari klinik dan mendapatkan kete aku.. memang aku parking salah..betul2 depan kedai dia, kebetulan pulak lori untuk menurunkan barang sedang menunggu..

10 minit kemudian, masuk semula ke dalam klinik, dan nama aku dipanggil.. selepas memberi salam pada doktor. Doktor memeriksa gigi aku yg sakit tu….dan doktor mengambil masa hampir 30 minit untuk menyuntik ubat bius di gusi bawah tempat gigi aku sakit.. bukan satu, atau dua kena suntik ubat bius,tetapi tujuh kali.. aduh…sakit betul..Mengapa tujuh kali?..kali ke tujuh tulah aku dah rasa betul2 tak sakit, apabila doktor mengetuk gigi aku, kalau masih sakit, mcm mana nak cabut kata, doktor..

Terima kasih pada doktor yang begitu profesional terhadap pesakitnya..dan aku mendapat mc 2 hari, ( hari ni dan esok..)
kesimpulannya: sakit gigi jangan wat gurau ooooii. sakit..